
Wireless Power Transmission Via Inductive coupling
"Mentol Tersebut Menyala Walaupun Tanpa Sambungan Wayar Bekalan Kuasa Dan Terhalang Oleh Dinding"
Jika dilihat pada masa entri blog aku..hari ini aku tak begitu banyak berkongsi cerita dalam laman ini..maklumlah.. agak sibuk dengan kerja dan tugasan yang perlu diselesaikan.. apepun ini ada sedikit masa aku luangkan untuk menulis disini..kalau nak di ikutkan, tak banyak idea aku nak berkongsi sesama kali ini..
cuma nak share beberapa perkara..dalam kesibukan meniti hari hari yang mendatang.. jangan di lupa apa yang sepatutnya kita perlu lakukan..kelalaian yang menyebabkan kita sentiasa lupa pada suruhanNYA..bila dah lupa pada suruhanNYA maka hati semakin tidak tenang, serabut dan sudah mula tidak teratur perjalanan hidup.. walau sesibuk mana pun kita..sentiasalah ingat akan kewajipan sebagai seorang muslim..InsyaALLAH..segala yang sibuk akan menjadi tenang dan menjadi reda..
berikut adalah serba sedikit mengenai aku punya ABSTRAK projek..mana lah tahu ada antara sahabat yang boleh membantu memberikan idea atau mempunyai bidang yang sama dalam penyelidikan seperti ini..Bukan aku nak wat magic or silap mata..tapi itulah realiti teknologi pada masa kini (LIHAT GAMBAR)
"Perkembangan pesat di dalam teknologi dunia tanpa wayar telah menyebabkan keperluan terhadap penggunan sambungan aplikasi seperti ini semakin meningkat dengan begitu ketara. Peralatan elektrk dan elektronik telah pun mengalami satu perubahan yang drastik dari segi sambungan, saiz dan juga kegunaannya dalam kehidupan seharian. Ini adalah disebabkan oleh kemajuan pembangunan dalam system komunikasi tanpa wayar yang lebih efisyen dan memudahkan penghantaran kuasa kepada barang keperluanyang memerlukan tenaga elektrik sebagai sumber utama. Walaupun permintaan keatas teknologi ini semakin meningkat dengan begitu ketara, namun prestasi penghantaran kuasa tersebut tidak seharusnya terjejas. Maka dengan itu, Penghantaran kuasa melalui frekuensi gelombang radio (RF) yang telah dicadangkan untuk memberi bekalan kuasa kepada peralatan elektrik dan elektronik. Terdapat banyak kelebihan menggunakan teknologi tersebut dan ianya boleh digunakan secara meluas. Walaubagaimanapun, penghantaran kuasa tanpa wayar boleh menyebabkan manusia terdedah kepada gelombang radiasi yang mungkin boleh member kesan jangka panjang jika dilaksanakan secara praktikal. Justeru itu, objektif utama projek ini adalah untuk merekabentuk dan memfabrikasi serta menguji penghantaran kuasa tanpa wayar yang beroperasi pada frekuensi tinggi iaitu antara 2.6Mhz – 3Mhz."
style :)
tensen ngan fypku~~~lalala
erkkk..