
Salam Alaik..Seperti biasa aku akan menulis blog dikala pagi sementara menanti waktu subuh yang indah..maaf kepada rakan2 yang msej skype, gtalk aku..malam td aku tidur awal..Alhamdulillah.. jam 4 pagi aku dh sedar.segar badan..membasuh, mengemas dan melakukan apa yang perlu untuk mendekatkan diri pada yang maha ESA..hari ini pagi lagi aku akan ke hospital untuk rawatan susulan..moga harapan aku dapat giliran yang awal..maklumlah..hospital kerajaan ni paham2 ajelah..saat pagi lg dah ramai yang beratur menunggu pintu dibuka..Ya Allah swt, Permudahkanlah segala urusan ku...Hari ini 4HB Mac, maka tinggal 26 hari lagi masa untuk menyiapkan kerja kerja berkaitan final year project..sekejap sahaja masa berlalu..
Apa yang dicari?
sehingga hari ini aku sebagai insan biasa yang mencari cari erti sebuah kehidupan..kehidupan yang berbeza dari dahulu..walaupun kta dah berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang..tapi percayalah..masih ada banyak perkara yang kita masih belum kecapi.. perjalanan ku ini masih jauh..entah dimana akan berakhir.. tidak siapa pun akan mengetahui diamana kita akan berakhir dan bila masanya...
aku pernah mendengar Guru Agama ku berkata.."manusia ini lemah, mudah tertipu dengan umur sendiri".. maksudnya disini.. kita selalu meyakinkan diri jika masih muda bermakna kita masih sihat dan kuat..masih jauh memikirkan kematian... benar juaga kata guruku... kita muda tak semestinya masih jauh untuk kematian... selepas itu guruku berkata lagi .." pada usia 20 tahun, jika manusia itu masih tidak mampu mengubah tabiat buruknya, maka kekal lah ia sehingga umur 40 tahun.. jika pada umur 40 tahun masih lagi tidak berubah.. sukarlah ia membuat perubahan sehingga saat kematiannya.. pada pendapat aku, guru ku berkata begitu bermaksud, kita sebagai manusia ni bukannya boleh berubah dalam sekelip mata..kebanyakkan perubahan itu memerlukan suatu jangka masa yang panjang dan nawaitu untuk melakukan perubahan..InsyaALLAH moga mendapat keredhaanNYA...sama samalah kita memikirkannya dan renungkannya...
Ingatlah kematian kita
dari detik ke detik dan dari saat ke saat
Justru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua
Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit
Tidak pun sakit boleh mati juga
Hal ini sepatutnya tidak perlu diberitahu
Semua orang tahu,
karena sudah menjadi pengalaman bersama…
Ada orang mati kecil,
ada orang mati muda,
ada orang mati tua
Ada orang mati tanpa sebab apa-apa
Sedang rehat-rehat atas kursi tiba-tiba mati
Ditengok nafas sudah tiada
Oleh itu janganlah senang-senang hati dengan kematian
Kematian bila-bila masa berlaku
Kita tunggulah kematian itu dari nafas ke nafas
Agar kita tidak ada angan-angan yang melalaikan
Hendak membangun, membangunlah
Tapi ingatlah waktu itu boleh mati
Hendak maju, majulah,
tapi kematian boleh berlaku di waktu itu
Hendak kejar kekayaan kejarlah,
Tidaklah salah selagi halal
tapi ingatlah mati
Ingatlah mati di dalam sebarang hal
Agar kita tidak lalai,
jiwa sentiasa takut dan gentar dengan Tuhan
Bila jiwa takut dengan Tuhan
Kita takut hendak membuat dosa di dalam sebarang hal
Sebentar lagi maka akan masuklah waktu Subuh bagi kawasan sekitar Perlis...
Marilah menuju kejayaan...
Salam alaik..