.:13 March 2009-10.30PM:.


Salam Alaik..

Agak pelik topic entri aku malam ni.. aku dah tak tahu nak tulis tajuk apa..bagus gak camtu..maknanya aku leh ingat bila dan masa aku tulis entri ini... Seperti biasa lah..selesai solat Isyak baru aku turun mencari makanan..biasa petang aku dah makan..tapi ari ni kedai lambat plak buka..silap2 tak buka gaknya..

lokasi kedai yang berdekatan dengan umah aku..hanya beberapa langkah tangga sahaja..kebetulan pula mereka tgh bertungkus lumus memasak..takpelah..sementara tunggu siap..dapatlah aku duduk bersembang dgn kawan2.. bertukar tukar cerita..Menu aku malam ni febret aku..Nasi lemak Special dangdut...erkkk..dangdut tu aku memandai je...(Sori ye Tokey kedai)...Ikhlas, memang sedap dan seimbang..teruskan kualiti..bukan selalu makan berat malam2 ni..ni sbb ptg xmakan..tu order nasi lemak..kalau aku dah makan petang malam aku makan yg ringan aje..fries la biasanya..

Rasa kagum dengan member2 yang ada aktiviti camtu..baguslah..apepun..semua perkara yang hendak dilakukan dimulakan dengan NIAT, tu sebab aku post entri pasal niat.. untuk sahabat2 aku..niat tu adalah permulaan sama ada Allah swt mahu memberi keberkatan dalam perkara yang akan dilakukan..contohnya berniaga yang sangat dituntut dikalangan umat islam.. Niat untuk berniaga agar mendapat keberkatan..selagi tidak terpesong dari niat asal ..INSYAALLAH.. aku pasti kamu semua akan terus maju dan diberkati..

Dalam setiap usaha atau kerja yang dijalankan mestilah disusuli dengan ketabahan , sabar, keikhlasan dan turut diiringi dengan doa kepadaNYA... Walaupun kita pernah tersungkur, ingatlah..mungkin Tuhan nak bagi dugaan.. kita kena semak balik niat kita untuk sesuatu perkara.. renungkan kembali apa yang telah kita lakukan.. Allah tidak akan memberi dugaan kepada hambaNYA jika hambaNYA itu tidak mampu lalui...Acapkali kita ucapkan dalam kehidupan harian kita.. "Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani" ..

Selamat maju jaya untuk rakan2 seperjuangan ku.....

Sambil2 makan ni masih sempat menaip untuk blog...maknanya idea aku ni bila2 masa aje..
Syukran Alhamdulillah...Rezeki malam hari..sedap dan menyelerakan..


~Pengembara Sepi~
0 Responses