.:Syukur keHadrat ILLAHI:.


Salam alaik...

setelah sekian lama aku agak menyepi dalam blog ini... barulah sekarang aku dapat nk tuturkan kata pada sahabat2 sekalian..

Syukur dipanjatkan kepada ILLAHI ... akhirnya dapatlah aku menyiapkan repot projek yang sekian lama membelenggu diriku... lapang hati bila dh selesai satu kerja...Bermacam macam dugaan yang diterima... Doa utk tabahkan hati dan sentiasa bersyukur mohon petunjuk jalan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan...

Hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk aku menamatkan pelajaran...diam tak diam hampir 3 tahun aku dirantauan...akhirnya aku akan pulang ke pangkuan keluarga...berbagai pengalaman yg di lalui... benarlah kata orang tua ku..."jka nak mengenali hidup, pergilah merantau"

badanku terlalu letih sekarang..habis satu badan dah mula sakit... dari jam 10 pagi semalam sampai tgh malam ni aku mengadap laptop menyiapkan repot..berhenti sekejap hanya utk solat dan makan..

Smua sahabat2 masih sibuk..so.. xda teman bicara...

aku akhiri dengan ucapan salam alaik...

selamat malam...

~pengembara sepi~

.:Dugaan Lagi:.

Salam Alaik... pagi isnin 30/3/2009 5.30am...

aku masih lagi xlelapkan mata sebab tgh format laptop aku buat kali kedua sem ini...semua ini adalah gara windows partition format...Alahamdulillah semua data fyp aku dapat diselamatkan...yang lain abis punah...gambar2, lagu smua abis...xpelah..yg penting skang report aku...camna ni..ikutkan hari ni nk kena anta...tapi xsiap lg...arghhhhh... camna ni...

"Ya Allah , tabahkanlah hatiku dalam menempuh segala dugaan dar MU.."

.:Hidup segan ,Mati tak mahu:.


S
alam Alaik...selamat hari jumaat..


agak pelik topic aku kali ini.. bukannya apa..ini ada berkaitan dgn life aku skang...bukannya aku yg nak mati..inilah keadaan projek aku sekarang.... masuk kali ni dah 3 orang Supervisor bertukar untuk projek aku...entahlah..smua tak sanggup nk pikir pasal projek aku ni...

dah 2 hari aku xmengadap repot projek...xda mood.. last buat sblum bertukar SV...hmmmm...camna ni...Terkapai2 ku kelemasan, seorang diri...projek hidup segan ,mati tak mahu...
entahlah....entahlah.....arghhhh...


"Ya ALLAH swt...Berikanlah hidayah dan kekuatan untuk ku"

.:KETIKA:.


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

.:Menghabiskan Sisa-Sisa Terakhir Research Thesis:.


Dalam lab kali terakhir yang hanya tinggal kenangan untuk aku dan rakan2



Salam alaik...

selamat petang sahabat2 yang sudi berkunjung di blog aku...cuaca yang dingin dan sesekali gerimis membuatkan petang ini sungguh mendamaikan..sesekali terdengar juga kebisingan bunyi bas dan bau asap yang menyakitkan hidung...

Sebentar tadi aku baru pulang dali Lab untuk research projek ku..Itulah kali terakhir aku menjenguk kesana.. tiba masanya untuk tumpu pada persiapan report yang akan dihantar 30hb april-isnin.. aku pergi kesana pun sebab nak ambil gambar prototype projek sahaja..tiada lagi cubaan untuk menguji antenna aku ...

sempat juga bergambar disitu untuk dijadikan kenangan yang betul2 mencabar kredibility aku sebagai seorang pelajar engineering...

Doa ku tidak putus untuk meneruskan kehidupan yang aku sendiri tidak tahu bagaimana akan datang... selepas ini aku akan melangkah ke alam baru..alam selepas habis belajar..tapi aku takdalah kalut sangat..sebab sebelum ni pun aku dah rasa dunia pekerjaan..cuma kali ini aku tak tahu camna pula rezeki aku untuk perjalanan seterusnya...


doaku agar dapat habiskan belajar ini dengan jayanya...

"Ya Allah swt yang maha pemurah lagi maha mengasihani, aku ini hamba yang lemah..berikanlah kekuatan untuk menghadapi dugaan MU..tabahkanlah hatiku..tunjukkanlah aku ke jalan yang Engkau redhai... permudahkanlah segala urusan ku agar dapat ku teruskan kehidupan ini...Amin yarabbal alamin.."


Dan inilah jadual exam aku yang terbaru..

Selasa
21 Apr 08 EUT440
2.30 ptg
dewan 2020
Jurutera dalam Masyarakat


Rabu
22 Apr 09
2.30 ptg
dewan 2020
EUW322
Kemahiran Berfikir

Jumaat
24 Apr 09
hari jumaat 3.00 – 6.00 petang)
dewan 2020
EUW212
Bahasa Inggeris Universiti

Khamis
29 APRIL
2.30 ptg
dkg 3
ENT474
Sistem Mekatronik Pintar


Rabu
6 Mei 09
9.00 pagi – 12.00 tengahari
dkd 5
EUW345
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

InsyaALLAH 7 @ 8 hb mei aku telah kembali ke tanah air ku..kampung halaman ku yang yang penting bertemu kedua ibu bapaku... sudah lama aku dirantauan...

~Pengembara Sepi~

.:When To Complete The Mission:.


Wireless Power Transmission From Intel Technology Co


Salam Alaik...

Selamat petang, hmmmm... hampir seminggu aku bertungkus lumus menyiapkan report.. entahlah... camna nanti reaksi Co-SV aku...projek yang tak mencapai objektif dan skop yang dikehendaki...tapi kalau aku berjaya dengan projek ini pun..itu dah dikira sebagai student yang hebat kat malaysia ni..setakat ini xda lagi mana2 rakyat malaysia yang berjaya melakukannya..semuanya masih didalam research... so aku tak berapa heran lah kalau projek aku mmng tak dapat disiapkan...dan kalau projek ini berjaya siap pun...level aku bukannya sebagai B.Eng..ianya seperti antara merekan yang berjaya..iatu PhD holder...hmmmm..


dalam keadaan ilmu pengetahuan yang tidak seluas mana.. aku hanya berjaya menyiapkan antenna design sahaja ..dengan keadaan fasiliti yang serba kekurangan..SV yang bermasalah... entahlah...walaupun projek ini tidak siap sepenuhnya..tapi aku merasa cukup puas dan rasa kagum kerana aku didedahkan kepada sesuatu teknologi yang baru.. yang masih belum ada dipasaran dan masih dalam research...dan menjadi rebutan di semua universiti kejuruteraan di bumi ini...dan masih lagi dalam kajian NASA..uhhh... sukar aku nak perkatakan..

kesimpulan untuk projek aku ni, projek ini memerlukan masa yang lebih lama dan dibantu oleh golongan golongan cendikiawan yang mempunyai PhD dan IR untuk memajukan teknologi ini... keseluruhan projek ini aku hanya mampu melakukan hanya 30% sahaja..itu pun sudah aku rasakan cukup besar sumbangan aku...

Mengapa aku di pertanggungjawabkan?..kadang aku terpikir..mengapa projek yang terlalu besar ini boleh diberikan kepada student seperti aku.. walhal ianya memerlukan pakar2 yang memang sepenuhnya dalam bidang tersebut.. sering kali terpikir.. sedangkan student master pun tak wat lagi projek ini...tak pasti la mereka belum ada masa or mmng dah tak mampu nak buat.. dengan tidak mempunya apa apa basic dalam wireless power communication.. aku gah kan juga diri ini...buat apa yang termampu..

Segalanya adalah ketentuan Allah swt... mungkin aku antara yang terpilih untuk melakukan projek ini..tiada siapa pun tahu apa akan terjadi dimasa akan datang.. seperti kata dari sahabat aku.."kita manusia hanya mampu merancang 1% sahaja, lagi 99% adalah Perancangan Allah swt"..

Dalam kesibukan membuat report ini..kadang aku terpikir..siapakah insan seterusnya yang akan menyambung projek aku ini...adakah insan lain atau junior2 aku..atau pensyarah2 aku..dekan2 aku...atau dari universiti tempatan yg lain?... atau.. mungkin aku sendiri yang akan menyambungnya?... Segalanya Allah swt sahaja yang tahu...

Projek ini secara individu aku namakan .. NWPT-V3-09... maknanya.. New Wireless Power Transmission- Version 3-Year 2009...

apepun ini adalah hakcipta terpelihara aku..V3..bermakna.. projek ini adalah versi yang ketiga dari aku.. penambah baikan yang aku lakukan dalam masa setahun untuk version 1 & 2...


Puas aku mencari segala jurnal2 dan bahan rujukan..tapi semua yang ada hanyalah theory dan khayalan ... yang dah berjaya buat pn jurnalnya masih lagi dalam simpanan dan dirahsiakan.. ini adalah projek ini mampu dikomersial kan sebagai teknologi yang tinggi..

mengapa dirahsiakan? Teknologi ini telah dibangunkan oleh Nikola tesla... iaitu orang yang membangunkan wireless power transmission...perebutan teknologi telah menyebabkan perlumbaan dalam teknologi ketenteraan...huh... kalau diceritakan disini memang takkan habis.. kesimpulannya Amerika yang berlumba memajukan teknologi ini... MIT (Massachusetts Institute of Technology)...

Apa kaitannya dengan MIT , Wireless power transmission dan Military?

itulah sebabnya teknologi ini dirahsiakan...aku tahu...tapi aku tak dapat ceritakan disini...



Research aku suatu masa terdahulu


Apa akan jadi jika aku gabungkan Wireless Power Transmission dan X-Ray? hmmm... Rahsia masih dalam rahsia...

satu kata pepatah dari aku.. " Aku tidak suka orang lain menyuruh aku melakukan kerja dengan hanya melalui Mulut...Kurangkan bercakap..gerakkan kerja " mana2 member satu group projek ngan aku tahu la pepatah ini untuk siapa..


~Pengembara Sepi~

.:Kesibukan Tahap Melampau:.

Salam alaik...


Seharian semalaman aku tak menulis kat blog ini...sekarang ni aku betul2 terdesak dengan masa..tinggal 9 hari lagi untuk aku menyiapkan segala tugasan dan report..setakat ini ada la dalam 60% repot..Simulation untuk projek pun dah hampir 24jam tapi still belom siap lg..

bekerja keras...adoihhhh...

Ya ALLAH..berikanlah aku kekuatan dan ketabahan mengahadapi semua ini...

.:Petang yang Dingin:.


A
lhamdulillah..Petang ini cuaca sungguh menyamankan..sesejuk mata memandang..

Aku masih lagi berusaha untuk menyiapkan kerja2 simulasi projek yang sehingga kini masih beluk bertemu jawapannya..Usaha mesti diteruskan walaupun masa semakin suntuk.. usaha dan tawakal..Allah swt yang maha mengetahui keadaannya..

Tidak ku fikirkan lagi kuliah, program universiti..saban hari aku mengadap laptop dan bekerja dengan design..entah berapa ratus kali aku simulasi.. lupa pada kerja harian..makan entah kemana..xmengapalah..Bersusah susah dahulu...

Entah dimana rezekiku..Tuhan sahaja yang tahu... Doa dan Usaha perlu diteruskan..

"Ya ALLAH..Kepada MU ku mohon petunjuk dan hidayah"

.:Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran:.


Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.


Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”


Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”


Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.


Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]


Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.


Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :


1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]


2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]


3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]


4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]


5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]


6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,


laila.jpg
Kemudian mengatakan, fighrli.jpg atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]


7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]


8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]


9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]


Wallahu’alam.


Nota Kaki
======
[1] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3294. bertaraf hassan sahih.
[2] http://haidith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3292.
[3]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #196.
[4]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1077.
[5]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3522.
[6]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #738.
[7]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4908.
[8]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1086.
[9] Fadhilat Al-Quran (terjemahan Madrasah Miftahul ‘Ulum), Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya, Era Ilmu Sdn. Bhd., 2005, ms 87, hadith riwayat Darimi.
[10]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4916.
[11]http://hadith.al-islam.com; Sahih Muslim #1406.

.:C.I.N.T.A:.


cinta tak mengenal usia
cinta tak mengenal perwatakan
cinta tak mengenal penderitaan
ianya hadir tanpa paksaan
yang lahir dari dari keikhlasan
cinta memaut keintiman
yang hadir dalam pertemuan
namun seringkali kita melakukan kesilapan
mencintai insan yang bukan hak milik kita
kesilapan kita hanya bercinta pada ranting yang tidak sepadan
seandainya ada cinta
luahkanlah dengan perasaan tanpa malu, tanpa segan
namun dalam keberanian tabahkanlah hati menerima jawapan
kerana cinta kita adakalanya sebelah tangan
andai tersurat ianya bukan milikmu
relakanlah kepergiannya
kerana pasti ada ranting baru
yang tumbuh
untuk memaut kehidupanmu


Tiada kaitan mana-mana pihak.. :P

.:Konsep Seni Menurut Perspektif Islam :.


Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."


Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.


Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.

.:Buat Aku Termenung:.


Salam alaik...

sejak akhir2 ni aku dah mula kurang pada blog ini..bukan ada rasa jemu..sedikit pn tak pernah rasa jemu untuk meneruskan perjuangan ini...

Alhamdulillah.. selesai solat Isyak sempat juga aku menjengah kesini.. Tidak seperti hari2 sebelum ini.. kini aku dah mulai sibuk dengan pelbagai tugasan yang perlu disiapkan..tidur entah kemana,makan entah kemana..apepn jangan sesekali meninggalkan SuruhanNYA...

Pelbagai masalah dengan aku punya projek..yang sampai sekarang masih lagi belum temui penyelesaian..ditambah lagi dengan tugasan2 dan sibuk dengan presentation..aku buat sahaja apa yang mampu, sekali sekala buat aku termenung seketika memikirkan tentang diri ini...Doa yang tidak putus2 untuk memohon dipermudahkan segala urusan dan ditunjukkan jalan yang benar dan diberi kekuatan untuk melalui semua dugaan dan cabaran ini...

bersabarlah wahai hati.. tiap yang datang itu ada hikmahnya..tiap yang rasa itu pasti ada pengajarannya..dalam kesibukan pelbagai kerja...Aku hanya diUji sedikit sahaja..SAKIT ULSER GUSI..tak dapat nak kosentrasi pada kerja..benarlah kata orang tua2...sakit pada gigi ni lebih sakit dari segala penyakit..makan xselera, tidur tak senang.. Ya Allah.. betapa aku di uji dengan sekecil ini sahaja pun aku dah tak dapat nak tumpu pada kerja.. Kuasa dari yang MAHA ESA..Aku tetap bersyukur masih mampu lalui hari2 yang mendatang..
Setiap yang berbisa pasti ada penawarnya, Tiap yang Susah pasti ada hikmahnya, tiap yang HIDUP pasti ada MATINYA..

Seperti biasa.. Kurangkan bercakap, Banyakkan Amal Ibadah..

~Pengembara Sepi~

-: mana la sahabat aku ni..aku mahu pulangkan Laptopnya...

.:SYUKUR-Tuhan Cinta Agung:.


SYUKUR merupakan sifat mulia yang dikaitkan dengan amalan hati dan akhlak terpuji yang sepatutnya sentiasa menghiasi kehidupan. Syukur sebagai satu sifat yang dilahirkan daripada respons terhadap nikmat yang dikurniakan Allah.

'Ingatlah kepada ku (Allah) nescaya aku ingat kepada mu. Dan hendaklah kamu bersyukur kepada ku dan janganlah kamu lupakan budi ku'- surah al-Baqarah: 152. Orang yang sentiasa bersyukur adalah orang yang sentiasa menyemai sifat manusiawi dalam erti kata sentiasa bertimbang rasa, tahu menerima kasih sayang Allah.


Syukur terhadap nikmat Allah datang daripada pelbagai bentuk. Syukur terhadap kurniaan Allah atas anugerah kesempurnaan fizikal atau jasmaniah (anggota tubuh badan). Firman Allah: 'Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu mu tanpa mengetahui sesuatu. Kemudian diberikannya kamu pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur' - surah al-Nahl: 78.


Syukur juga merangkumi kurniaan terhadap rezeki kurniaan Allah. Firman Allah: 'Dan sebagai bukti untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), kami hidupkan dan kami keluarkan dari dalamnya biji-bijian, lalu mereka makan daripadanya.


'Dan kami jadikan daripadanya beberapa kebun dari kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya mata air agar mereka makan dari buah-buahan dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan-tangan mereka. Tidakkah mereka bersyukur'. Tegas Allah lagi dalam surah al-Nahl ayat 18 yang bermaksud: 'Dan kalau mahu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah kamu menghitung (seluruhnya) dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'.


Rasulullah sentiasa menjadikan amalan bersyukur dalam kehidupan Baginda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud menjelaskan bahawa 'Adalah Nabi apabila mendapat khabar yang menyenangkan hati, lantas beliau sujud kepada Allah'.


Sementara dalam hadis yang lain menyatakan 'Dari Abu Bakrah, bahawa Nabi Muhammad apabila mendapat sesuatu yang menggembirakan atau khabar gembira, segera beliau tunduk bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah'- Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Al-Baihaqi meriwayatkan: Rasulullah lakukan sujud syukur bila menerima surat daripada Ali ketika menceritakan tentang ramai penduduk Yaman memeluk agama Islam.


Syukur boleh dicernakan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui perbuatan, melalui hati dan melalui lisan. Syukur melalui perbuatan merangkumi membelanjakan harta ke jalan kebajikan seperti sedekah dan amalan jariah. Melalui ilmu yang diperoleh dan disebar serta diajar kepada orang lain.


Melalui kuasa, pangkat dan kedudukan pula dengan memberi khidmat yang terbaik. Syukur melalui hati pula adalah dengan cara mengakui dan menyedari dalam hati apa yang diperoleh daripada anugerah Allah.


Firman Allah: 'Tuhan mu lebih tahu apa yang ada dalam jiwa, jika kamu orang yang baik. Sesungguhnya dia Pengampun bagi orang yang bertaubat' - surah al-Isra'-25. Syukur dalam bentuk lisan adalah melalui ucapan seperti sentiasa melafazkan zikir seperti ucapan seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar.


Oleh itu, cernakan selalu budaya syukur dalam kehidupan kita, ingatlah bahawa apa yang kita peroleh hanya sementara dan sebagai ujian untuk melihat sejauh manakah kita dapat menzahirkan rasa ketakwaan yang tinggi terhadap Allah.

.:Hari-Hari yang penuh kesabaran:.


Salam alaik...

Selamat pagi ...hari ini apa yang dirangcang tidak berjalan seperti biasa.. macam2 hal terjadi..kerja yang sepatutnya selesai tidak dapat di lakukan ... beitulah lumrah kita sebagai manusia..sebagai Manusa kita perlu tabah dan sabar.. apa yang kita rancang tidak semestinya jadi..kita hanya mampu merancang, Allah swt yang menentukan segalanya kerana Allah swt lebih maha mengetahui mana yang terbaik untuk kita...

Kita juga perlu banyak perancangan untuk memastikan sentiasa dalam keadaan bersedia dalam apa jua keadaan.. contohnya, jika gagal dengan Plan A, Kita dah sedia ada pada Plan B..dan seterusnya...So plan seterusnya adalah untuk ptg ni.. so aku berdoa agar dipermudahkan segala urusan ku...

sakit gigi kian beransur pulih..tapi still sakit lg..rasa macam nak tido je ... kurangkan bercakap, banyakkan kerja..

.:Dimanakah Idea Aku Menghilang:.


Salam alaik dan selamat pagi..


Puas Memikirkan cara yang terbaik untuk solve problem FYP, Ku Explore satu persatu... Rumus rumus dan Formula formula abis aku putar.. Arghh...Dimanakah perjalanan ku sekarang..Pikiran ku penuh dengan nombor2, algebra yang berselirat.. Duduk dimeja, bersila dikatil, baring dilantai ...masih belum menemukan penyelesaian..mencari dan memahami hukum2 fizik... Entah apa yang aku merepek ni...

Pikir punya pikir sampai sakit gigi..lagi la bertambah kerakusan apa yang dikatakan Engineering...

.:Seharian Mengadap FYP:.


Wireless Power Transmission Via Inductive coupling
"Mentol Tersebut Menyala Walaupun Tanpa Sambungan Wayar Bekalan Kuasa Dan Terhalang Oleh Dinding"


Salam alaik sahabat-sahabat seperjuangan...

Jika dilihat pada masa entri blog aku..hari ini aku tak begitu banyak berkongsi cerita dalam laman ini..maklumlah.. agak sibuk dengan kerja dan tugasan yang perlu diselesaikan.. apepun ini ada sedikit masa aku luangkan untuk menulis disini..kalau nak di ikutkan, tak banyak idea aku nak berkongsi sesama kali ini..

cuma nak share beberapa perkara..dalam kesibukan meniti hari hari yang mendatang.. jangan di lupa apa yang sepatutnya kita perlu lakukan..kelalaian yang menyebabkan kita sentiasa lupa pada suruhanNYA..bila dah lupa pada suruhanNYA maka hati semakin tidak tenang, serabut dan sudah mula tidak teratur perjalanan hidup.. walau sesibuk mana pun kita..sentiasalah ingat akan kewajipan sebagai seorang muslim..InsyaALLAH..segala yang sibuk akan menjadi tenang dan menjadi reda..

berikut adalah serba sedikit mengenai aku punya ABSTRAK projek..mana lah tahu ada antara sahabat yang boleh membantu memberikan idea atau mempunyai bidang yang sama dalam penyelidikan seperti ini..Bukan aku nak wat magic or silap mata..tapi itulah realiti teknologi pada masa kini (LIHAT GAMBAR)

"Perkembangan pesat di dalam teknologi dunia tanpa wayar telah menyebabkan keperluan terhadap penggunan sambungan aplikasi seperti ini semakin meningkat dengan begitu ketara. Peralatan elektrk dan elektronik telah pun mengalami satu perubahan yang drastik dari segi sambungan, saiz dan juga kegunaannya dalam kehidupan seharian. Ini adalah disebabkan oleh kemajuan pembangunan dalam system komunikasi tanpa wayar yang lebih efisyen dan memudahkan penghantaran kuasa kepada barang keperluanyang memerlukan tenaga elektrik sebagai sumber utama. Walaupun permintaan keatas teknologi ini semakin meningkat dengan begitu ketara, namun prestasi penghantaran kuasa tersebut tidak seharusnya terjejas. Maka dengan itu, Penghantaran kuasa melalui frekuensi gelombang radio (RF) yang telah dicadangkan untuk memberi bekalan kuasa kepada peralatan elektrik dan elektronik. Terdapat banyak kelebihan menggunakan teknologi tersebut dan ianya boleh digunakan secara meluas. Walaubagaimanapun, penghantaran kuasa tanpa wayar boleh menyebabkan manusia terdedah kepada gelombang radiasi yang mungkin boleh member kesan jangka panjang jika dilaksanakan secara praktikal. Justeru itu, objektif utama projek ini adalah untuk merekabentuk dan memfabrikasi serta menguji penghantaran kuasa tanpa wayar yang beroperasi pada frekuensi tinggi iaitu antara 2.6Mhz – 3Mhz."



.:10 Cara Membahgiakan Ibu Bapa:.



Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa. - Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

- Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

- Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

- Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang ?membuang? ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

- Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: ?Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: ?Sembahyang pada waktunya.? Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: ?Berbakti kepada kedua ibu bapa.? Saya bertanya: ?Apa lagi.? Jawab baginda: ?Berjihad pada jalan Allah.?

- Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: ?Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.? (Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: ?Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.?

- Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: ?Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ?cis? terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.? (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

- Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

- Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

- Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: ?Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.? (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

.:Malam Minggu & Kopi Ais:.


Salam alaik...

Alhamdulillah..selesai solat isyak aku mandi lagi kali ke5 dalam hari ini...maklumlah cuaca yang berbahang..selsai mandi..aku melepak kat kedai member sambil makan kuaci dan berborak ...hurmmm..masing masing cerita dah tak sabar nak tamatkan belajar...then aku pergi kekedai lain untuk membeli air kopi Ais.. heheheh..nak ilangkan ngantuk punya pasal.. sbb klu tak minum kopi..mahu kul 11 or 12 aku dah layu mata...memang dah biasa tido awal...

Aku pun dah lama tak kuar dari negeri perlis ni..kebetulan plak ada yang mengajak..layan ajelah..bila lagi..lpas ni dah bz sesangat...sementara menunggu masa untuk gerak ni..sempat gak aku menulis blog ni..bukan apa..untuk berkongsi bersama sahabat2 blog..heheh..yang tinggal tu jgn sedey ye..kopi ais pun best...

ok la..bersambung dilain episod..

~Pengembara Sepi~

.:TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS:.


Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.


Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:


1. Tidur Sejenak

Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.


2. Pengurutan

Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.


3. Mengekspresikan diri secara artistik

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.


4. Kerap ketawa

Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.


5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri

Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.