Showing posts with label FYP. Show all posts
Showing posts with label FYP. Show all posts

.:Menghabiskan Sisa-Sisa Terakhir Research Thesis:.


Dalam lab kali terakhir yang hanya tinggal kenangan untuk aku dan rakan2



Salam alaik...

selamat petang sahabat2 yang sudi berkunjung di blog aku...cuaca yang dingin dan sesekali gerimis membuatkan petang ini sungguh mendamaikan..sesekali terdengar juga kebisingan bunyi bas dan bau asap yang menyakitkan hidung...

Sebentar tadi aku baru pulang dali Lab untuk research projek ku..Itulah kali terakhir aku menjenguk kesana.. tiba masanya untuk tumpu pada persiapan report yang akan dihantar 30hb april-isnin.. aku pergi kesana pun sebab nak ambil gambar prototype projek sahaja..tiada lagi cubaan untuk menguji antenna aku ...

sempat juga bergambar disitu untuk dijadikan kenangan yang betul2 mencabar kredibility aku sebagai seorang pelajar engineering...

Doa ku tidak putus untuk meneruskan kehidupan yang aku sendiri tidak tahu bagaimana akan datang... selepas ini aku akan melangkah ke alam baru..alam selepas habis belajar..tapi aku takdalah kalut sangat..sebab sebelum ni pun aku dah rasa dunia pekerjaan..cuma kali ini aku tak tahu camna pula rezeki aku untuk perjalanan seterusnya...


doaku agar dapat habiskan belajar ini dengan jayanya...

"Ya Allah swt yang maha pemurah lagi maha mengasihani, aku ini hamba yang lemah..berikanlah kekuatan untuk menghadapi dugaan MU..tabahkanlah hatiku..tunjukkanlah aku ke jalan yang Engkau redhai... permudahkanlah segala urusan ku agar dapat ku teruskan kehidupan ini...Amin yarabbal alamin.."


Dan inilah jadual exam aku yang terbaru..

Selasa
21 Apr 08 EUT440
2.30 ptg
dewan 2020
Jurutera dalam Masyarakat


Rabu
22 Apr 09
2.30 ptg
dewan 2020
EUW322
Kemahiran Berfikir

Jumaat
24 Apr 09
hari jumaat 3.00 – 6.00 petang)
dewan 2020
EUW212
Bahasa Inggeris Universiti

Khamis
29 APRIL
2.30 ptg
dkg 3
ENT474
Sistem Mekatronik Pintar


Rabu
6 Mei 09
9.00 pagi – 12.00 tengahari
dkd 5
EUW345
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

InsyaALLAH 7 @ 8 hb mei aku telah kembali ke tanah air ku..kampung halaman ku yang yang penting bertemu kedua ibu bapaku... sudah lama aku dirantauan...

~Pengembara Sepi~

.:Seharian Mengadap FYP:.


Wireless Power Transmission Via Inductive coupling
"Mentol Tersebut Menyala Walaupun Tanpa Sambungan Wayar Bekalan Kuasa Dan Terhalang Oleh Dinding"


Salam alaik sahabat-sahabat seperjuangan...

Jika dilihat pada masa entri blog aku..hari ini aku tak begitu banyak berkongsi cerita dalam laman ini..maklumlah.. agak sibuk dengan kerja dan tugasan yang perlu diselesaikan.. apepun ini ada sedikit masa aku luangkan untuk menulis disini..kalau nak di ikutkan, tak banyak idea aku nak berkongsi sesama kali ini..

cuma nak share beberapa perkara..dalam kesibukan meniti hari hari yang mendatang.. jangan di lupa apa yang sepatutnya kita perlu lakukan..kelalaian yang menyebabkan kita sentiasa lupa pada suruhanNYA..bila dah lupa pada suruhanNYA maka hati semakin tidak tenang, serabut dan sudah mula tidak teratur perjalanan hidup.. walau sesibuk mana pun kita..sentiasalah ingat akan kewajipan sebagai seorang muslim..InsyaALLAH..segala yang sibuk akan menjadi tenang dan menjadi reda..

berikut adalah serba sedikit mengenai aku punya ABSTRAK projek..mana lah tahu ada antara sahabat yang boleh membantu memberikan idea atau mempunyai bidang yang sama dalam penyelidikan seperti ini..Bukan aku nak wat magic or silap mata..tapi itulah realiti teknologi pada masa kini (LIHAT GAMBAR)

"Perkembangan pesat di dalam teknologi dunia tanpa wayar telah menyebabkan keperluan terhadap penggunan sambungan aplikasi seperti ini semakin meningkat dengan begitu ketara. Peralatan elektrk dan elektronik telah pun mengalami satu perubahan yang drastik dari segi sambungan, saiz dan juga kegunaannya dalam kehidupan seharian. Ini adalah disebabkan oleh kemajuan pembangunan dalam system komunikasi tanpa wayar yang lebih efisyen dan memudahkan penghantaran kuasa kepada barang keperluanyang memerlukan tenaga elektrik sebagai sumber utama. Walaupun permintaan keatas teknologi ini semakin meningkat dengan begitu ketara, namun prestasi penghantaran kuasa tersebut tidak seharusnya terjejas. Maka dengan itu, Penghantaran kuasa melalui frekuensi gelombang radio (RF) yang telah dicadangkan untuk memberi bekalan kuasa kepada peralatan elektrik dan elektronik. Terdapat banyak kelebihan menggunakan teknologi tersebut dan ianya boleh digunakan secara meluas. Walaubagaimanapun, penghantaran kuasa tanpa wayar boleh menyebabkan manusia terdedah kepada gelombang radiasi yang mungkin boleh member kesan jangka panjang jika dilaksanakan secara praktikal. Justeru itu, objektif utama projek ini adalah untuk merekabentuk dan memfabrikasi serta menguji penghantaran kuasa tanpa wayar yang beroperasi pada frekuensi tinggi iaitu antara 2.6Mhz – 3Mhz."