.:Salam Kerinduan Buat Semua Sahabat:.


Salam .. sudah lama tidak menjenguk disini.. apa pun jari ini aku diberikan kelapangan untuk berkongsi sesuatu ..

Raya kali ini benar benar memberi kesan pada seluruh keluarga aku..di mana insan yang kami sayangi telah pergi meninggalkan kami buat selamanya.. abang ku atau namanya MOHD LAZIM BIN SALBANI menghembuskan nafas terakhir di hospital mersing ,pada , jumaat, malam raya 1 syawal, 10 hb september 2010 , jam 12:05 AM..semoga Arwah ditempatkan dikalangan yang beriman dan bertaqwa.. Ternyata ALLAH swt lebih menyayanginya... kami redha dengan apa yang berlaku...

Jenazah dikebumikan selepas Solat hari raya... Alhamdulillah..ramai sahabat dan orang kenalan arwah hadir melawat... Selepas Arwah disembahyangkan, semua yang hadir Bertakbir raya... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan penuh ketenangan..

Arwah meninggalkan 2 orang anak , Ain 5 tahun.. dan Kimi 9 bulan..

Mohon sahabat Blog sedekahkan Al Fatihah buat Arwah...

Aku tenang dan sangat bersyukur... Arwah pergi dengan tenang mengatakan hanya mahu tidur.. meninggal pada hari yang penuh berkat (Jumaat), pada hari kemenangan umat islam (Hari Raya). Di iringi Takbir raya.. rakan dan kenalan dan semua yang hadir berpakaian penuh warna warni dan cantik2..saling bermohon maaf..Cuaca yg redup dan mendung sejuk... Allahuakhbar...

Buat yang masih hidup..entah bagaimana pula masa kita nanti..Sama samalah kita berdoa kepada ALLAH swt...

Selamat Hari Raya buat semua...

.:Di Hentikan Sementara:.

Salam.. penulisan ini terhenti sementara sehingga diberitahu kelak jika ada kesempatan..segala salah silap selama ini harap dapat dimaafkan... minta dihalalkan makan dan minum..

jika ada sumur diladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
harap boleh berjumpa lagi



Epilog Pengembara Sepi

~Wassalam~

.:Dugaan dan kehidupan:.


salam sahabat ...

sudah pasti lama aku tidak menulis disini... bukan hilang tanpa berita...tapi keadaan yang kadang kala mencemburui ...

aku still seperti dulu...cuma sekarang sedang sibuk berusaha mengurusakan hal keluarga...

sedih, sayu , pilu bila mengenangkan apa yang berlaku... tapi aku percaya tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...apa pun kita sebagai manusia perlu berusaha dan berdoa seterusnya bertawakal kepada ILLAHI...

aku mohon sahabat sekelian agar mendoakan agar abangku cepat sembuh dan ditemukan penawar ...hampir 5 bulan terlantar sakit... so aku sebagai adik beradik terus berusaha sedaya yang mampu ...

"Ya ALLAH... berikanlah kami sekeluarga kekuatan dalam menempuhi dugaanMU.. Engkau berikanlah penawar untuk abangku ini..."


----OooooO----


serba sedikit mengenai abang aku... penyakit mula dikesan pada Jun 2009... penyakit dikenal pasti pada bulan disember 2009...dan rawatan sehingga ke hari ini...kanser pada usus.. seterusnya kuman telah memasuki sistem darah dan menyerang fungsi darah... rawatan KEMO sehingga ke hari ini... berat badan semakin susut...

.:Apalah ertinya:.


Selasih di Teluk Dalam,
Datang kapas Lubuk Tempurung,
Bagai umpama si burung balam,
Mata lepas badan terkurung.

Anak kumbang terayap-rayap,
Mari disambar anak Turki,
Hendak terbang tidak bersayap,
Hendak hinggap tidak berkaki.

Anak ikan dipanggang sahaja,
Hendak dipindang tidak berkunyit,
Anak orang dipandang sahaja,
Hendak dipinang tidak berduit.

Limau purut lebat di pangkal,
Sayang selasih condong uratnya,
Angin ribut dapat ditangkal,
Hati kasih apa ubatnya?

Riuh rendah di tepi teluk,
Lihat orang duduk bertenun,
Tengah malam ayam berkokok,
Serasa tuan datang membangun.

Tetak nyirih galangkan dapur,
Mari ditetak dengan dahannya,
Minta sirih barang sekapur,
Mari minta dengan tuannya.

Kalau kena dengan tetaknya,
Macam mana nyirih tak rapat,
Kalau kena dengan cintanya,
Macam mana sirih tak dapat?

.:Permulaan 2010 dan Kiamat:.




2010 telah menjelang. Terasa begitu sekejap sahaja masa berlaku tanpa kita sedari. Semakin hari semakin tua usia kita dan semakin hampir kita kepada saat kematian. Ingatlah tiada yang kekal selamanya melainkan Allah s.w.t. Begitu juga Dajal akan mati setelah menyesatkan manusia di muka bumi ini ribuan tahun. Dari tamadun Mesir Purba, Babylon, Maya, China sehinggalah sekarang dia masih lagi menyesatkan manusia. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk muncul kemabli dan mengaku tuhan/penyelamat.


Tetapi perasankah anda, permulaan 2010 ini penuh dengan pelbagai peristiwa seakan memberi petanda kepada kita. Bagi yang peka dengan keadaan sekeliling mungkin perasan dengan perubahan ini, tetapi bagi yang kurang mengambil tahu mungkin masih tidak tahu. Tidak mengapa, mari kita sama-sama teliti dan renungi kejadian-kejadian yang telah terjadi pada 2010 yang baru setapak melangkah. Jadikan artikel ini sebagai peringatan kepada kita dan sama-sama kita renungkan sementara pintu taubat masih terbuka untuk kita.


Pertamanya saya ingin mengajak saudara-saudari, tuan puan untuk membaca dan renungi sabda Rasullulah ini:


Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan
- Sahih Bukhari


Jika kita perhatikan hadis Rasullulah ini dengan situasi zaman sekarang. Adakah ianya bertepatan? Gempa bumi boleh dikatakan berlaku setiap hari sekarang, pembunuhan juga menjadi satu kebiasaan di mana-mana terutama penindasan umat Islam Palestin oleh rejim Zionis laknatullah.


Mari kita selidiki apa yang telah terjadi pada 2010 dengan harapan ia dapat sedikit sebanyak menimbulkan rasa keinsafan di dalam diri kita semua. Bermulanya 2010 dengan isu penggunaan kalimah suci Allah oleh agama lain yang telah mencetuskan huru-hara di dalam negara sehingga menyebabkan rumah ibadat agama diserang.


Peristiwa gerhana matahari dan bulan juga telah berlaku pada awal tahun ini. Dan peristiwa ini telah terjadi pada 1 Januari 2010 (gerhana bulan) yang telah jatuh pada hari Jumaat dan pada 15 Januari 2010 (gerhana matahari) yang juga jatuh pada hari Jumaat. Dua gerhana yang berlaku dalam jangkamasa 2 minggu dan jatuh pada hari Jumaat. Dan kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat. Adakah ini membawa sebarang petanda dari pencipta alam semesta ini kepada hambanya bahawa masanya kian hampir?





Seterusnya kita beralih kepada bencana alam yang saban hari semakin banyak berlaku. Bermulanya tahun 2010 dengan gempa bumi di Kepulauan Solomon, Haiti, California, banjir di Brazil dan letusan gunung berapi di Congo. Ini adalah antara bencana alam yang saya tahu, mungkin ada lagi yang telah terlaku tetapi tidak saya kongsikan di sini.


Gempa bumi di Haiti






Banjir di Brazil








Gempa bumi di California





Letusan Gunung Berapi Nyamuragira di Congo








Bukanlah mahu menakutkan anda semua tetapi hanyalah untuk anda berfikir sejenak tentang perkara ini. Bumi ini sudah terlalu tua dan Rasullulah pernah bersabda bahawa zamannya dengan kiamat hanyalah ibarat jarak antara jari telunjuk dan jari tengah sahaja. Kini sudah lebih 1400 tahun ia berlalu dan boleh dikatakan semua tanda kecil kiamat sudah terjadi, hanya menunggu tanda-tanda besar untuk terjadi. Wahai umat Islam, sudah tiba masanya kita bangkit kembali, bersatu demi agama Islam tercinta. Sekian lama mereka memecah belahkan kita menerusi fahaman politik yang akhirnya hanya merugikan kita sendiri, Ordo Ab Chao. Bersatulah di bawah satu panji, panji Islam. Sudah masanya kita berubah dan kembali bangkit di akhir zaman.


Sebelum saya akhiri artikel ringkas dari saya, mari kita renungi firman Allah:
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
Dan bulan hilang cahayanya,
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
Al-Qiaamah 1-12

sumber: http://holywar-efairy.blogspot.com/2010/01/beginning-2010.html
http://pewaris.ning.com/profiles/blogs/permulaan-2010-dan-kiamat?xg_source=msg_mes_network

.:Run and run and runner:.

Salam alaik...

lama sudah aku tak meluah isi hati disini... mungkin tiada idea atau mungkin terlalu busy dengan urusan seharian...

sedikit berita yang agak menyedihkan menimpa keluarga aku baru2 ni... tidak sampai seminggu akak ipar aku melahirkan anak.. abang aku (suami).. pla dimasukkan ke hospital... segalanya bermula dengan anggapan terhadap gastrik... tapi akhirnya dimasukkan ke hospital pakar... setelah berjaya di kesan dengan bantuan teknologi yang beribu harganya..akhirnya dia dikenal pasti menhidapi penyakit kanser usus...

suasana sekeluarga terus menjadi agak kelam kabut..aku sebagai orang yang terdekat terpaksa mengambil alih tugas.. dan membanu segala urusan rawatan... kesana sini ..menyelesaikan segala prosedur yang diperlukan untuk rawatan...

sehingga hari aku masih lagi menguruskan apa yang perlu...

kepada rakan2..ku mohon maaf jika keterlewatan membalas mesej kalian... hanya doa kalian boleh membantu ...

salam kembara...

~pengembara sepi~
2:30 pm-Hematology ward HSA JB