.: Selamat Tinggal Rakan-Rakan, Aku Pulang Dahulu :.

Salam Alaik..Selamat Petang.. Last Ana Tulis blog ni kat Hostel.. Doakan Perjalanan ku Selamat..

Salam Alaik..

~Pengembara Sepi~

5:30 PM Khamis 7HB MEI 2009

.: Hari Terakhir Di Hostel :.


Salam Alaik... Alhamdulillah...

Hari ini adalah hari terakhir ana akan berada di hostel...petang ini ana akan bertolak pulang kekampung halaman.. makin sayu hati hendak meninggalkan bilik ini.. terlalu banyak kenangan 3 tahun disini... Disini jugalah di saat akhir ana mengenali seorang sahabiah nun jauh di sana.. banyak pengalaman yang boleh dikongsi bersama.. Inilah yang dikatakan Teknologi.. Walaupun jauh tetap boleh berhubung...

Bila dikenang Zaman Rasul junjungan kita.. betapa sukarnya memberi dakwah dan menyebarkan ajaran Agama Islam dengan merantau dari satu tempat ke satu tempat... tetapi dengan semangat dan tanggung jawab.. akhirnya Islam tersebar ke semua pelusuk dunia...

Dengan kemudahan Teknologi yang ada sekarang.. dengan hanya duduk menghadap komputer.. segalanya dapat disampaikan... Maka Gunakanlah ia sebaik baiknya.. "Sampaikanlah Walaupun satu ayat"...

Ini adalah perancangan ana untuk hari ini... Pagi ini ana hendak selesaikan Repot Projek ana..hari ini siap Hard Cover.. Hantar kepada Penyelia dan School... Petang pula mengemas rumah untuk ditinggalkan dalam keadaan yang bersih then pulang kunci bilik..Sebelum berangkat pulang, rehatkan diri... Lepas Asar mungkin bersedia untuk ke stesen bas... mengikut jadual bas akan bertolak 6:30 PM...

Kepada semua sahabat-sahabat ana.. Ana mohon Ampun dan maaf.. dihalalkan makan dan minum.. Tiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Lumrah Kehidupan... Semoga Semua akan meneruskan hidup dan memburu cita-cita masing-masing... Yang menyambung Master, Ana ucapkan Semoga berjaya..Yang bekerja.. Moga murah rezeki..Yang tak tahu lagi hendak buat apa lepas ni...Moga diberikan petunjuk dan hidayah dariNYA...

Lepas ini mungkin Blog ana ini jarang diUpdate.. Al maklumlah di rumah ana tiada sambungan Internet.. Salam Perpisahan Buat semua... Berjumpa Di lain pertemuan... Semoga hidup ini sentiasa berada dalam lindunganNYA... Aminnn...

DOA PERPISAHAN

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


Salam Alaik...
~Pengembara Sepi~

Khamis-7HB Mei 2009-5:10 AM

.:Erti Cinta Dan Perkahwinan(Revision):.

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar : guru, apakah erti cinta...? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru : ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana, berjalanlah dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru : mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar : saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Guru : ye, itulah cinta...dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya...

Pelajar : apa itu perkahwinan...?

Guru : ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut. maka gurunya pun bertanya

Guru : mengapa kamu memotong pohon seperti ini...?

Pelajar : sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Guru : itulah perkahwinan. tamat...


P/s : Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya. sungguhpun begitu, cinta terhadap manusia adalah yang kedua. cinta yang pertama adalah cinta pada Allah swt dan Rasul-Nya. wallahua'lam bissowab.(~_~)

~Copy From Sinar Mawaddah~

.: Wuduk pembersih zahir batin :.


Semua orang hendak cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bargadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.

Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik. Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik.

Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik.

Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga. Kenapa?

Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty).

Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat.

Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih cemerlang kerana kesan daripada air wuduk." Ini satu jaminan kecantikan yang abadi.

'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk.

Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan.

Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan.

Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu.

Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang ikhlas sahaja. Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya.

Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatih dengan keikhlasan.

Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. Orang yang jujur akan terpancar pada wajahnaya cahaya keikhlasan.

Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat. Malaikat sebagaimana yang kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor.

Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan.

Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan. Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya.

Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan.

Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada kesetiaan dan integriti.

.:Mari Mempacking Barang:.

Salam Alaik ya sahabat-sahabat ana dimana jua anda berada...

Alhamdulillah syukur kehadrat ILLAHI, lusa malam aku akan pulang kekampung halaman. Maka tinggalah segala kenangan semasa belajar 3 tahun di rantauan orang...walaupun tak jauh mana..tapi perjalanan menaiki bas memakan masa 15 jam memang cukup terasa amat memenatkan...kalau naik flight 15 jam tu agak2 dah sampai kat mna yek?...hmmm... xtahu lg..xda pengalaman..huhuh...

Selepas makan malam td..aku dah start kemas barang.. basuh baju, menyapu, mengelap... akan aku tinggalkan bilik yang selama ini aku diami seorang diri...penuh kenangan dan memori indah bersama rakan serumah...aku tinggalkan dalam keadaan seperti asal masa aku mula masuk disini...

Dibilik inilah adanya suka dan duka aku bersendirian..termenung di jendela..melihat perubahan musim yang sentiasa berubah..Ada musim panas, sejuk berangin, hujan, kemarau...entah berapa kali aku melihat perubahan pemandangan pokok di lereng2 bukit yang kadang kala hijau merimbun dan kadang2 kering tinggal dahan sahaja..kali ini aku tinggalkan tempat ini dengan suasana yang sejuk nyaman pohon menghijau rimbun...

Satu Persatu aku kemaskan barang.. Ku susun elok dalam kotak dan beg..sambil2 tu aku sesekali jengah ke jendela ternampak berduyun2 student lain membawa beg dan kotak untuk pulang bercuti..tak mengapalah.. diorang bercuti nanti datang balik..tak sama rasanya dengan aku yang akan pulang untuk selamanya...

Meja dan Almari telah aku kosongkan..aku susun ke kedudukan asal...aku kemas semua nota2 dan dokumen yang perlu dibawa balik sahaja... yang lain recycle satu tempat...

Masa memula sampai dulu..Seronok la sebab tak pernah lihat pemandangan kat sini kat kampung aku...lpas tu dah mula jemu..tak sabar nak habis belajar..then yang terakhir...rasa sedih plak nk tinggalkan tempat ni.. Begitulah lumrah bernama manusia...

Apepun.. Disinilah aku mengenali diri sendiri.. merubah diri.. memperbaiki diri... Alhamdulillah.. moga segala perkara yang aku lakukan akan terus diberkati dan diredhai ALLAH SWT... Moga aku terus mengenal diri...

Entah sampai bila diri ini akan terus menyepi.. Apepun aku serahkan kepada ILLAHI ... Allah Maha lebih mengetahui... Selagi bernama pengembara sepi... usaha dan terus berusaha...

.: Gurindam Jiwa :.


ni ada satu lagu aku biasa dengar...Gurindam Jiwa...huhuhu..layanzzz

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

.: Thesis Oh Thesis :.

salam alaik...selamat pagi ...akhirnya siap gak...tebal gak tu...ada la 250 page.. sampai tertido aku tunggu siap print... apepun..inilah kemuncak pengajian aku... then pagi ni nanti nk anta wat hard cover...

busan2 ni tak taw nak wat apa.. sempat gak transfer gambar perjalanan untuk g interview...

Dari Mana Mahu Kemana
Dari Perlis Mahu Ke Johor
Singgah Sebentar Di Tapah Perak
Mahu Beli Peluru Short GUN

isk...ni apa punya pantun da...

.: Tamat Dari Kesibukan :.


Salam alaik...Alhamdulillah..

kebelakangan ini jarang post blog sbb tumpu pada exam and final year project...

dapat juga lalui dengan berkat kesabaran dan petunjuk dari ILLAHI dan keredhaanNYA...
sekarang ni hanya menghabiskan sisa2 belajar... menyiapkan thesis hard cover..then lpas tu aku akan kembali ke pangkuan keluarga...

Syukur keHadrat ILLAHI... dengan keadaan ekonomi yang sekarang ini agak menyukarkan peluang utk bekerja.. berkat usaha dan doa dari ibu dan ayah..restu mereka..akhirnya aku dapat memasuki kursus untuk oil & gas NDT(Non-Destructive Test) inspector.. InsyaALLAH 16hb ni aku dah start kursus selama 6 bulan untuk mendapatkan lesen NDT level I & II..

berkat doa ibu..segalanya berjalan dengan lancar.. aku orang yang ke 32 di interview dari 123 orang... hanya 25 orang shj akan diambil..so saingan agak kuat... setelah menunggu dari pagi..tepat jam 12:40 tgh ari..nama aku dipanggil... Alahamdulillah.. aku tenang semasa interview..

setelah 2 hari menunggu ... aku dapat panggilan telefon selepas aku kluar dewan peperiksaan.. mengatakan aku berjaya masuk...gembira tak terkata... terus menelefon ibuku...

so lepas ni aku akan lalui sesuatu yang baru..dunia baru...persiapan masuk kealam pekerjaan..
kepada sahabat2 seperjuangan... aku doakan kalian semua berjaya.. selamat menggapai cita2 ...

~pengembara sepi~

.: Salam Terakhir :.


Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir