.: SELAMAT HARI LAHIR :.



SELAMAT HARI LAHIR



AWAN BERARAK CERIA

TIADA TITIS HUJAN

POHON MELAMBAI

TANDA SOKONGAN

KUSUSURI PERJALANAN

BERTEMANKAN SENYUMAN

DI HARI LAHIR KU


DEDAUN BEGUGURAN

MENITIKAN KEDEWASAAN

WALAU TANPA MATA & HATI

NAMUN CUKUP UNTUK KU…

SEGAR DAN UCAPAN

SELAMAT HARI LAHIR

IRINGAN DOA KU HULUR

BERSYUKUR KEPADANYA

ATAS NIKMAT USIA

USIA KU IBARAT MUTIARA

TIADA BERGANTI LAGI

HIASKAN IMAN BERSULAM TAQWA

AGAR SEMPAT MENGUCUP

HARUMAN SYURGAWI


.: Berita Kepada Kawan :.


Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayangnya kau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yg mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan


Tubuh ku tergoncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih


Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini


Sesampainya dilaut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggallah ku sendiri terpaku menatap langit


Barangkali disana ada jawabnya
Mengapa ditanah ku terjadi bencana


Mungkin Tuhan mulai murka
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
Dengan dosa dosa


Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

.: Simpanlah Keranda Ini :.


Lelaki tua itu semakin lemah. Kudratnya sudah tiada. Segala sendinya kejang dan lemah. Penyakit demi penyakit bersarang ditubuhnya membuatkan lelaki tua itu tidak mampu lagi untuk berdiri. Setiap hari yang termampu dilakukan hanyalah berbaring dan membilang baki hari yang akan dilaluinya.

Keadaan lelaki tua itu menjengkelkan anaknya. Anak muda itu mengeluh kerana setiap hari sejak beberapa bulan bapanya terlantar, hanya dia seorang sahaja terpaksa berladang dan menjaga binatang-binatang ternakan.

Penat berladang, pulang ke rumah dia terpaksa pula memasak, membasuh, mengemas rumah serta membantu bapanya yang tidak mampu menguruskan diri sendiri. Paling dibenci anak muda itu ialah mengurus kencing berak bapanya, lantaran si ibu sudah beberapa tahun meninggal dunia.

“Ah! Tak guna langsung, menyusahkan saja…” Keluh si anak yang tidak sanggup lagi menanggung beban menguruskan ayahnya. Kesabarannya hilang. Dia tidak mahu menggalas beban itu lebih lama lagi.

Suatu hari si anak membuat satu keranda daripada kayu dan membawanya balik ke rumah. Ketika itu ayahnya sedang tidur. Tanpa melengahkan masa anak muda itu terus mengheret keranda ke bahagian anjung tempat ayahnya sedang berbaring. Perlahan-lahan tubuh tua ayahnya diangkat dan diletakkan ke dalam keranda kayu. Kemudian, ditutupnya keranda itu.

Anak muda itu mengheret keranda tersebut sehinggalah ke tebing sebuah gaung yang dalam dan dipenuhi bongkah batu. Segala-galanya akan berakhir sebentar lagi. Tetapi sewaktu hendak menolak keranda itu ke dalam tebing gaung, tiba-tiba dia terdengar bunyi ketukan yang lemah dari dalam keranda.

Lalu anak muda itu membukanya. Dalam keadaan terbaring lemah, lelaki tua memandang tepat ke dalam mata anaknya. “Ayah tau kau nak tolak ayah dari tebing ini..”Begitu payah si bapa mengeluarkan suaranya.

“Boleh..kau boleh lakukannya tapi…ayah ada satu permintaan..” Sambung lelaki tua itu dengan suara tersekat-sekat menahan sebak di dada. Si anak mengangguk, menyuruh bapanya meneruskan kata-kata.

“Kau boleh tolak ayah dari sini jika kau mahu..tapi simpanlah keranda ini baik-baik sebab anakmu juga akan memerlukan keranda ini suatu masa nanti…” sambung si bapa.

—————————————————-

Moral: Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga ayah dan emak ketika mereka sudah tua atau memerlukan. Jasa dan pengorbanan mereka sangat besar dan tak terbalas oleh kita. Hargailah mereka dan sayangilah mereka selagi mereka masih hidup…

.: Hargai Anugerah Cinta :.


Bayangkan anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.

Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.

Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.

Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.

Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.

Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.

Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.

Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.

Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.

.: IFTITAH :.


Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ?

Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.

Itulah Cinta …

.:Mutiara Kata DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj:.


“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”

“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”

“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”

“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”

“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”

“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”

“Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”

“Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”

“Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”

“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.

“Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”

“Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”

“Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”

“Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”

“Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”

“Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”

“Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”

“Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”

“Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”

“Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”

“Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”

“Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”

“Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.”

“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”

“Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”

“Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”

“Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”

“Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”

“Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”

“Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”

“Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”

“Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak.”

“Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.”

“Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.”

“Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”

“Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.”

“Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”

“Sama menolong sama beruntung.”

“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”

“Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.”

“Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.”

“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”

“Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.”

“Dare to be different.”

“Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya.”

“Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.”

“Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.”

“Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”

“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”

“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.”
“Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.”

“ Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.”

“ Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.”

“ Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.”


~ DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

.:2nd FYP present Ditangguhkan lagi:.

Bismillah...

Salam Alaik...nampaknya esok xjadi present lg...hmmm... susah2 bagi aje lah markah free...huhuhu... selagi tangguh selagi itulah ati ini masih berdebar...

petang ni aku dah mula mengumpul nota2 and soalan2 past year... kemas2 bilik , basuh baju... menceriakan suasana bilik untuk study... setelah sekian lama berserabut dengan FYP...

kalau nak study ni kena dengan suasana yang mendamaikan... jadi mood nak study tu seronok je...

~pengembara sepi~

.:Khusyuk Dalam Ibadah:.


Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

.:Exam Semakin Hampir:.

Salam alaik...

Syukran Alhamdulillah...

saban hari membilang hari...tinggal 20 hari lagi untuk menghabiskan sisa sisa belajar...esok pagi aku ada 2nd presentation untuk final year project...dan lepas itu aku akan lupakan pasal fyp..tiba masa untuk tumpukan perhatian penuh pada exam bermula minggu depan...next week aku ada 3 paper seminggu..bermula hari selasa, rabu and jumaat...mungkin agak pack jadual tu..tapi berusahalah dari sekarang...

kepada rakan2 seperjuangan ku...buatlah yang terbaik untuk kali terakhirnya....

all da best...


Alhamdulillah...
~pengembara sepi~

.:Menghitung Hari:.


Salam Alaik....

salam ketenangan...Alhamdulillah..sehingga hari ini hati ini masih teguh menghadapi pelajaran ini...hampir ke kemuncaknya...Moga sentiasa dalam keredhaan ILLAHI...

Saban hari menanti..entah apa yang dinanti..mungkin menanti kemunculan sesuatu yg belum pasti kunjung tiba...walaupun aku melihatnya hari2..tapi apakan daya... hanya menanti sesuatu yang mungkin dikatakan takdir...

Sabar Menanti....

~Pengembara Sepi~

.:Mutiara Kata Hikmah Luqman al-Hakim:.


Berkatalah Luqman mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Tuhan Yang Maha Mengetahui:

“Hai anak-anakku, janganlah engkau sekali-kali mempersekutukan Tuhanmu dengan apa sekalipun, kerana mempersekutukan Allah satu kezaliman yang sangat besar, dan bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.

“Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?

“Maka engkau menikmati kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya, penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.

“Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa, maka Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan mereka. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.

“Hai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.

“Dia memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh, dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.

“Dan bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.

“Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah tidak meredai orang yang sombong dan takbur."

.:Presentation Projek Sekali Lagi..

salam alaik...

Alahamdulillah..presentation pagi ini berjalan dengan lancar...tanpa disangka..ingat hari ini adalah presentation aku terakhir... tapi last dapat berita ..aku kena presentation lagi sekali jumaat ni..17hb april ini...Alahamdulillah...Doa dan restu ibu..dapatlah aku buat lagi sekali coz untuk yang 2nd ni presentation depan Prof. Dr Paul.. yang sememangnya mantap dalam Neural network engineering.. Doakan aku dapat A... Ibu..restu dari mu ku mohon keberkatan...

Next week aku dah start final exam.. minggu depan adalah minggu yang paling Struggle...Usaha dan terus berusaha...

"Sesungguhnya kita sebagai manusia hanya mampu merancang.. Ketentuan dari ILLAHI penentu segalanya..Allah swt lebih maha mengetahui...Allahuakhbar..."

.:Mutiara Kata Ibnu-Qayyum:.

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu..

.:Mutiara Kata Hikmah Luqman al-Hakim:.

Luqman al-Hakim seorang yang terkenal dengan kata-kata hikmah sehingga mendapat perhatian setiap lapisan golongan masyarakat. Antara kata-kata hikmah beliau ialah:

# Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.

# Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.

# Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.

# Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.

# Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.

# Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

# Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.

# Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.

# Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.

# Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.

# Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.

# Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.

# Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.

# Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.

# Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

.:Kek Pisang dan WonderPets:.


Salam alaik...huhuhu...tajuk kali ni agak kelakar plak...

dah lma xlayan tv 9 kids wonderpets..maklumlah sibuk dgn thesis...kek pisang yg aku bli semalam ada lagi..so sambil2 layan wonderpets ni makan kek pisang ni...sedap n syok..
hari ini wonderpets menyelamatkan anak ikan buntal terperangkap dlm tumbuhan laut...lepas tu mereka terperangkap dalam perut ikan paus...huhuhuhu...

apa yg penting kerjasama...ini serius..huhuh...

.:Mutiara Cinta:.


Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.

Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.

Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”

Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.


.:Pengisian Jiwa:.


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

.:Sifat Hati:.


Di sekeliling kita ada yang hidup dalam kesusahan dan kesenangan. Malah, sesetengahnya mempunyai kemewahan yang sukar ditandingi. Apa perasaan kita apabila memandang kepada kehidupan hartawan itu?

Umumnya apabila mata melihat kenikmatan yang diperoleh orang lain, akan tumbuh suatu perasaan di dalam diri, dinamakan iri hati. Sememangnya sesuatu yang bersifat semula jadi dengan nikmat itu akan menimbulkan iri hati.

Cuma apabila iri hati itu akan melahirkan perasaan benci kepada nikmat terbabit dan suka pula ia hilang daripada tangan orang, ia dinamakan sebagai hasad.

Jika iri hati itu melahirkan keinginan mendapatkan nikmat serupa tanpa benci pada nikmat yang ada pada orang, malah tidak berharap nikmat itu hilang daripadanya, ia tidak dinamakan hasad, sebaliknya disifatkan al-ghibtah atau al-munafasah.

Apa itu hasad? Hasad boleh ditakrifkan sebagai rasa tidak senang atau sakit hati dan benci ke atas nikmat yang ada pada orang lain tetapi senang hati atau gembira dan suka nikmat itu hilang daripada tangan orang terbabit.

Ringkasnya, ia merujuk perasaan suka dan senang hati apabila orang lain ditimpa kesusahan dan bencana, tetapi menaruh kebencian apabila orang menerima kesenangan.

Daripada pengertian yang umum itu, sarjana membuat pembahagian sifat hati itu kepada empat peringkat:

1. Benci nikmat pada orang lain dan suka supaya nikmat itu hilang daripada milik orang, sekalipun nikmat itu tidak akan berpindah ke tangannya. Cuma yang penting padanya ialah asalkan nikmat itu hilang daripada tangan orang terbabit.

2. Benci kerana tiada nikmat itu di tangannya, bukan benci yang ada pada tangan orang lain dan sukakan nikmat itu ada pada tangannya, bukan sukakan nikmat itu hilang daripada tangan orang.

3. Tidak suka jenis nikmat itu sendiri untuk dirinya tetapi suka nikmat yang seumpama nikmat terbabit. Apabila gagal mendapatkan yang seumpamanya, timbul rasa suka kalau nikmat itu hilang daripada tangan orang yang memilikinya.

Dengan itu akan samalah tarafnya, iaitu sama-sama tidak memiliki nikmat terbabit, sebagaimana kalau berjaya akan sama-sama memilikinya.

4. Suka kalau dia memiliki nikmat yang sama dengan nikmat yang dipunyai orang lain. Sekiranya gagal mendapatkannya, dia tidak benci dengan nikmat yang ada pada tangan orang, sebaliknya suka sekiranya nikmat itu kekal dalam miliknya.

Peringkat pertama amat tercela, peringkat kedua adalah tercela, peringkat ketiga ada sudut tercelanya dan ada sudut tidak tercela manakala peringkat keempat dimaafkan. Peringkat keempat ini dinamakan ghibtah atau munafasah.

Munafasah tidak salah dan tidak ditegah kerana ia adalah persaingan. Persaingan yang sihat seperti untuk mendapatkan tempat yang baik di sisi Allah tidak salah.

"Meterainya kasturi dan untuk itulah hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan." (al-Mutaffifin:26)

Rasulullah s.a.w ada menegaskan, maksudnya: "Diumpamakan umat ini dengan empat (jenis) orang iaitu:

1. Orang yang dikurniakan Allah dengan harta dan ilmu, lalu dia berusaha dengan ilmunya untuk hartanya.

Orang yang dikurniakan Allah dengan ilmu tetapi tidak dikurniakan harta, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Kalaulah aku mempunyai seperti harta si polan nescaya akan aku usahakan sama seperti yang diusahakan oleh dia. Orang ini dalam pahalanya adalah sama.

2. Orang yang diberikan harta tetapi tidak diberikan ilmu, lalu dia menggunakan hartanya pada maksiat.

3. Orang yang tidak diberikan ilmu dan harta, lalu dia berkata: Kalaulah aku mempunyai harta seperti harta si polan itu, nescaya aku akan belanjakan seperti mana yang dibelanjakan pada perkara yang maksiat. Orang ini pada dosanya adalah sama.

Justeru, tidaklah salah jiwa kita berasa iri hati atas nikmat orang lain dan kita berasa ingin mempunyai nikmat yang sama sepertinya tanpa berasa suka jika nikmat itu hilang daripadanya dan tidak benci jika ia kekal di tangannya.

Bagi nikmat berbentuk keagamaan yang wajib seperti nikmat iman, solat, zakat dan puasa, berlumba-lumba ke atas nikmat terbabit wajib hukumnya, iaitu hatinya hendaklah berasa suka untuk mencapai nikmat seumpamanya.

Ini kerana jika tidak sukakan yang demikian, bererti dia rela dengan maksiat dan ini adalah haram.

Demikian juga jika nikmat itu berbentuk amalan kelebihan (fadhail) yang sangat digalakkan hukumnya adalah sunat dan jika nikmat itu yang haruskan yang dipergunakan secara harus, hukumnya adalah harus.

.:13HB April:.

Salam alaik...

13 HB April, tarikh keramat kemuncak yg digelar FYP.. pada masa itulah segala kerja2 selama setahun akan dibentangkan... camne ek...macam2 perasaan ada...hmmm.. pada hari tersebut, supervisor aku yg baru ni xda...camna ni...nampaknya..kami sendirian lagi...xpa...30 minit pekakkan telinga..huhu..

.:Hikmah Hujan:.


“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya (hujan), hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung Kami halau ke suatu daerah tandus lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan (hujan) itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran”(QS Al A’raaf:57).

.:DOA UNTUK IBU BAPA:.


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

.:Keliru:.

Salam alaik..dah beberapa hari aku tak menulis... keadaan masih lagi agak bercelaru dengan kerja2 yang masih belum selesai... semakin hampir menamatkan pembelajaran..semakin banyak pula kerja yg perlu diselesaikan...Hari ini sepatutnya aku dipanggil utk temuduga bersama BEM (board of engineering malaysia).. tapi aku xg sbb msej sampai lewat petang..hmmm.. biasalah..kat hostel aku ni line tepon terlalu kureng...lebih2 lagi kalau hujan...hmmm...entahlah...dalam fkiran aku skang kosong...entah...entah..

.:Sayangi IBU:.


Renungkanlah......

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ¡Kibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan¡K yang paling cepat marah..ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk..ibu


Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon¡ Ibu
Bila seronok¡ orang pertama aku nak beritahu¡Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ¡ibuuuuuuuuuuuuu!¡¨
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. .. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk¡ Ibu


Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok¡ aku cari pasanganku
Bila sedih¡ aku cari Ibu
Bila berjaya¡ aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal¡ aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti¡ aku bawa pasanganku
Bila sibuk¡ aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu¡
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ¡.. aku ingat pasanganku
Selalu¡ Ibu ingat kat aku
Bila..bila¡ aku akan talipon pasanganku
Entah bila... ¡aku nak talipon Ibu
Selalu ¡Kaku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak
berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak
sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

.:Apakah tanda cinta hamba kepada Allah?:.


tandanya ialah: dia cinta apa yg Allah cinta dan benci apa yang Allah benci lalu melaksanakan perintahNya, menjauhi laranganNya. membantu pembantuNya dan memusuhi musuhNya. Inilah yang dimaksudkan dengan ikatan iman yang terkuat ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah seperti yang terdapat dalam hadith:

"Sekuat-kuat ikatan iman ialah membantu kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah"

Bagaimanakah cara hamba dapat mengetahui perkara yang dicintai dan diredhai oleh Allah?

Dia dapat mengetahuinya melalui pengutusan para rasul dan penurunan kitab di mana Allah memerintahkan perkara yang dicintai dan diredhai serta melarang perkara yang dibenci dan disanggah. perkara ini menegakkan hujah Allah ke atas hambaNya dan menonjolkan hikmatNya yang sempurna. Firman Allah Ta'ala (al-Nisa' :4:165)

"(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

firman Allah lagi (Ali Imran: 3:31)

"Katakanlah "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah. ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


Alhamdulillah....

.:Menanti Hari:.


"Tanam semula setelah 25 tahun.
So ia akan ditebang semula kira2 umurku mencecah kira 53 tahun"
Salam alaik...

Salam ketenangan dihari ini...Lepas hantar draf kat SV.. kurang sedikit beban dalam fkiran...tapi still banyak urusan perlu diselesaikan...

Topic entri kali ini ada kaitan dengan perjalanan hidupku...tinggal lebih kurang 36 hari lagi untuk menamatkan pelajaran..3 tahun di rantauan.. keadaan masih membuatkan aku sedikit kompius sama ada lepas ini nak kerja atau further study..hmmmm...masih belum ketemu jawapan... umur makin hari makin lanjut..ni kalau sambung blajar nnti habis belajar kurang2 umur dh hampir 30 tahun...erkkk... lira muda lagi la tu..huhuh... mahu kerja pun ntahlah... banyak urusan nk dilakukan.. ada juga member2 yang tanya, dh apply kje ke..apa ke.. aku diamkan aje..bukan aku tak mahu kerja..tapi mmng dh banyak kerja.. sepanjang aku menyambung pelajaran aku..semua urusan kerja aku serahkan pada abang aku.. 3 tahun pun dah cukup terbeban abang aku tanggung...xpelah... dalam perancangan lpas tamat belajar ni..aku ambil alih balik tugas yang ku serahkan pada abang aku...perniagaan, perladangan...arghhh..kembali seperti dulu...lepas ni papehal uruskan kebun sawit...InsyaALLAH dalam bulan oktober ini akan keluarkan hasil pertama selepas tanam semula..so kena la ready cari pekerja indon..hahaha..kebun getah di kulai xbanyak masalah.. adakalanya sampai tak sempat nk menjenguk...biasa sebulan sekali aje...itulah wasiat dari datuk aku..hmmm...kedai bengkel kereta tu aku dah serah bulat2 kat abang aku uruskan...tu kadang terpikir... mahu sambung or kerja...bila kerja ni..memang kena pandai bahagi masa.. fix dengan jadual sendri...apepun aku perancangan sendiri..InsyaALLAH aku akan terusan dalam bidang perniagaan.... bagaimana dengan Engineering? hahahah..entahlah....adalah nnti tu gunanya..