.:Apakah tanda cinta hamba kepada Allah?:.


tandanya ialah: dia cinta apa yg Allah cinta dan benci apa yang Allah benci lalu melaksanakan perintahNya, menjauhi laranganNya. membantu pembantuNya dan memusuhi musuhNya. Inilah yang dimaksudkan dengan ikatan iman yang terkuat ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah seperti yang terdapat dalam hadith:

"Sekuat-kuat ikatan iman ialah membantu kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah"

Bagaimanakah cara hamba dapat mengetahui perkara yang dicintai dan diredhai oleh Allah?

Dia dapat mengetahuinya melalui pengutusan para rasul dan penurunan kitab di mana Allah memerintahkan perkara yang dicintai dan diredhai serta melarang perkara yang dibenci dan disanggah. perkara ini menegakkan hujah Allah ke atas hambaNya dan menonjolkan hikmatNya yang sempurna. Firman Allah Ta'ala (al-Nisa' :4:165)

"(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

firman Allah lagi (Ali Imran: 3:31)

"Katakanlah "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah. ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


Alhamdulillah....
0 Responses