
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Allah itu Maha Adil. Dia meletakkan seseorang itu sesuai pada tempatnya. Kadang2 kita tak perasan. Macam mana nak perasankan diri kita tentang semua ni? Sangat mudah.. Tinggalkan semua benda, semua perkara, semua tugas dan kosongkan fikiran. Lihat di hadapan cermin. Wajah ini.. apa yang dilakukan sepanjang hari, apa yang terjadi sebelum2 ini. Muhasabah semula. Di situ kita akan temui penilaian sebenar tentang kita dan kita akan dapati bahawa betapa Maha Adilnya Allah dalam meletakkan kita di tempat ini..
Sama2 kita bercermin2lah diri, kerana diri dan hati perlu dibersihkan setiap hari. Hati yang kotor tidak dapat menyerap cahaya Ilahi apatah lagi menembusinya. Jadi, hati akan bertambah hitam dan kelam, akhirnya apabila dibiarkan gelap gelita, ia tak mampu lagi menerima petunjuk ke jalan yang diredhai.
Inilah dia nikmat sebuah kepenatan, kita akan sedar bahawa segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2. Yakinlah, setiap usaha yang kita lakukan pasti ada ganjarannya cuma cepat atau lambat, bergantung pada kuasa Yang Maha Esa.
Wallahua’alam.
