.:Terkapai-kapai:.


Salam Alaik dan selamat pagi..

Alhamdulillah.. di pagi yang dingin ini aku masih boleh membuka mata dan menghirup udara yang segar.. semakin hari semakin membenak didalam kepalaku apa yang dipanggil FYP.. hari ini selepas kelas aku ingin berjumpa dengan Co-Supervisor aku nak melahkan apa yang patut.. Sudahlah aku dan rakan-rakan projek aku dibiar tanpa arah tuju..tanpa rujukan yang cukup.. Itu namanya dugaan..tabahkan hati.. pada siapa lagi aku mahu luahkan.. pada siapa lagi aku mahu bertanya.. bila aku tanya pensyarah yang lain or master student yang lain.. mereka hanya mampu berkata.."Ini projek crazy wooo" ..

Mahu atau tidak.. tiap hari aku mencari rujukan kat dunia internet yang luas.. projek aku ini bukan sahaja menggunakan software or aplikasi sedia ada seperti programming or pasang siap.. projek aku memerlukan kepakaran seseorang yang memang specialist dalam microwave dan signal application.. aku tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini..apepun aku tetap berusaha untuk melakukannya.. dari research yang telah berjaya.. antaranya adalah terdiri dari pemegang-pemegang Phd dan kedoktoran.. aku apa yang ada... Diploma holder ..Mekatronik..bukannya communication... Aku tahu silap aku dimana... apepun pada masa sekarang ini menyesal pun tidak berguna..sudah terlalu lewat untuk mengubah segalanya.."kita perlukan pendekatan Damage control"- kata dekan aku...

Apepun terjadi aku kena laluinya.. Sabar dan Tabah itulah kunci kepada kejayaan..
Kepada sahabat sahabat aku ...Doakan aku dapat laluinya dengan kekuatan ...

Ok..itu sahaja coretan aku di pagi ini..Sebentar lagi azan subuh akan berkumandang..


"Sesungguhnya solat itu lebih baik dari tidur"

Wassalam..
~Pengembara Sepi~
0 Responses