.:Antara Perjuangan, Bertahan & Kebergantungan:.

MEFENAMIC ACID..

This medication relieves pain and reduces inflammation. It is used to treat headaches.

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (Hipotensi) Lebih Susah Diubati Tekanan darah rendah (hipotensi) biasanya akan diambil perhatian apabila sudah menimbulkan gejala atau gangguan kepada pengidapnya. Contohnya, pesakit merasa pitam lalu jatuh, atau boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Berlawanan dengan hipertensi (tekanan darah tinggi), hipotensi merupakan keadaan dimana tekanan darah yang tidak normal kerana tekanan yang terlalu rendah. Walaupun kedua-duanya tidak normal, namun ia biasanya tidak diberi perhatian berbanding hipertensi.

Jauh lebih mudah menurunkan tekanan darah tinggi kerana ubatnya mudah diperolehi. Sementara untuk menaikkan tekanan darah rendah lebih sukar dan hampir tiada ubatnya.

Walaupun demikian, tekanan darah rendah tidak pernah sampai membahayakan atau menyebabkab gangguan kesihatan yg kronik. Oleh kerana itulah hipotensi tidak menyebabkan org ramai merasa bimbang mengenainya, malah ia biasanya tidak dipedulikan.

Tekanan Darah Yang Normal

Seseorang dikatakan bertekanan darah rendah apabila tekanan darah kurang dari 90/60 mmHg. Menurut Badan Kesihatan Dunia WHO yang penting ia tidak boleh rendah dari 50mmHg. Jika sekiranya ini terjadi, aliran darah koroner jantung akan berkurang dan berisiko menyebabkan serangan jantung.

Kerana arteri koroner yang terletak di celah2 otot jantung ia akan mengembang dan bekerja waktu semasa fasa diastolei, jika aliran darahnya berkurang boleh menyebabkan serangan jantung.

Ramai dikalangan pesakit mengalami tekanan darah rendah pada hampir sepanjang hidupnya. Namun kerana tidak menunjukan sebarang tanda, maka ia dianggap normal oleh kebanyakan kita. Sementara bagi sesetgh org, turunya tekanan darah memerlukan pengambilan ubat. Hipotesis di anggap sebagai gangguan kesihatan hanya apabila menyebabkan gejala pening, pitam atau pengsan.

Tekanan darah kita berubah-ubah sepanjang hari. Menurun ketika kita tidur dan naik saat kita bangun. Ia boleh meningkat ketika kita sedang cemas, aktif, atau merasa sangat gembira.

Sebenarnya tubuh kita sangat sensitif terhadap perubahan tekanan darah tersebut. Sel-sel khusus di dalam arteri yang disebut baroretor, dapat merasakan ketika tekanan darah kita mulai naik mahupun turun. Apabila sel ini merasakan tekanan darah sedang naik atau turun ia akan mengeluarkan tanda yang membuat seluruh tubuh bertindakbalas dan membawa darah kembali kepada keadaan normal.Contohnya jika anda berdiri secara tiba2semasa sedang duduk, bororestor akan merasakan tekanan darah anda turun ia naik semula dan akan segera bertindak balas meyakinkan darah boleh mengalir ke otak, ginjal dan organ2 penting yang lain.

Barorestor menyebabkan jantung berdegup lebih cepat dan kuat. Kajian menunjukkan ubat untuk tekanan darah rendah tidak sebanyak ubat hipertensis. Jadi untuk mengatasinya ia memerlukan pemilihan makanan yang sesuai seperti daging, durian atau menambah sedikit pengambilan garam. Sebaliknya elakkan pengambilan makanan seperti bawang putih, daun bawang, kangkung, labu siam, timun, lobak dan makanan yang boleh menurunkan hipertensi. Untuk aktiviti senaman, anda boleh melakukan senaman aerobik atau senaman ringan. Bagi mereka yang masih muda boleh memilih jenis high impact, sedangkan bagi warga emas lebih baik memilih low impact (hentakan ringan) Boleh juga dengan meluruskan ke2 tangan ke depan, lalu kedua tapak tangan digengam dan dibuka berulang kali. Atau melakukan gerakan membongkok dan berdiri secara berulang-ulang untuk membiasakan jantung. Jika sedang melakukan sebarang aktiviti dan secara tiba2 merasa pening atau pitam, berhenti daripada melakukan aktiviti tersebut, cuba duduk atau baring. Kaki perlu diletakkan lebih tinggi daripada jantung supaya darah mengalir ke tubuh bahagian atas dan mata dijaga tetap terbuka untuk mencegah dari pengsan.

Boleh juga dilakukan urutan perlahan2 dari arah kaki ke betis, ke paha, ke perut dans eterusnya sebagai tindakan awal agar darah mengalir ke kepala, badan lemah, terasa mau pengsan.

Tips Untuk Tekanan Darah Rendah

Asimtomatik kronik ia boleh dikatakan sebagai keadaan normal pada org yang berkaitan. Biasanya tidak berlaku sebarang gejala dan tidak perlu rawatan

Neurally Mediated Hypotension (NMH) Kerana berdiri terlalu lama, anda mungkin merasa pening, merasa hampir pengsan atau sakit perut. Juga boleh terjadi kerana seorang menghadapi keadaan yang menakutkan, menyebalkan atau tidak selesa. Ia biasanya dialami kanak2 remaja

Hipotensi Berat Menyebabkan otak, ginjal dan organ utama lain tidak cukup mendapat darah sehingga tidak boleh berfungsi secara optimum. Keadaan ini memerlukan rawatan doktor secara segera. Infeksi, luka terbakar yang parah, berlaku alergi atau alahan.

Jauhi penyebabnya Perkara2 yang boleh menyebabkan terjadinya tekanan darah rendah adalah:-

*Dehidrasi kerana kurang minum air, demam, diare, muntah dan lain2
*Pengambilan ubat tekanan darah tinggi, ubat jantung, antidepresi, ubat disfungsi ereksi atau ubat untuk parkinson Penggunaan diuretik secara berlebihan
*Mengalami anemia, infeksi berat, gangguan jantung, gangguan sistem saraf pusat, gangguan endokrin (termasuk hipotiroid, diabetes dan kadar gula rendah dalam darah)
*Terlalu lama berada di bawah sinaran matahari atau suhu panas, terlalu lama berbaring kerana dakit, usia semakin tua.

Hidup dengan Hipotensi
Ramai kalangan orang yang mengalami tekanan darah rendah boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat. Jika anda mengalami hipotensi perlu melakukan perkara2 berikut :

*Bangun dari duduk dan baring perlahan2
* Jgn berdiri terlalu lama
* Jgn terlalu lama berada di bawah sinaran matahari
* Diet rendah karbohidrat
* Banyak minum air Hindari daripada pengambilan alkohol

Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
* cepat lelah
* pening kepala ketika posisi badan berubah

* sukar untuk berkonsentrasi
* mata berkunang-kunang

* mual

* kulit berasa dingin, pucat dan lembap
* pernafasan cepat dan pendek
* defresi
* cepat haus


Penyebab Tekanan Darah Rendah Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
* Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal

* Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan
* masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
* Keadaan otot yang lemah.


Sukar untuk ku melaluinya..apapun berputus asa bukan penyudahnya.. Last Check aritu masa aku kemalangan.. doktor terkejut melihat aku..tak sangka katanya walaupun fizikal aku nampak sihat.. rate blood pressure aku 77-82/60..ramai antara kawan-kawan aku tidak mengetahui apa yang aku alami. aku terpaksa diet karbohidrat(nasi). mengurangkan aktiviti luar, lasak.. kadang aku merasa malu dengan rakan rakan bila keluarnya ayat dari mulut mereka " takda stamina, buat kerja sikit dah tahan, panjat bukit ckit dah tak larat" itulah antara yg sering aku kena.. aku mampu tersenyum sahaja..apa kan daya..aku bukan seperti mereka..Ada juga yang pernah tengok sendiri keadaan aku bila ianya menyerang..mata kuyu, pucat muka n bibir, apabila mereka memanggil nama aku, respon yang lambat dari aku, aku tak mampu untuk berkata kata..fikiran aku entah kemana..kebas satu badan..then last sekali gelap mata n pejam..tapi ada juga yang pandai..diorang paksa aku memberi respon dengan memanggil nama aku..

~Pengembara Sepi~
"Hidup mesti diteruskan"

Sekian Artikel yang aku dapat kongsikan untuk sahabat-sahabat semua..




1 Response
  1. Blogger Says:

    good info. thanks for sharing. :)