.:Bangun Pagi Gosok Gigi:.


Salam Alaik.... Bertemu Kembali... Agak lama juga aku tak menulis... Al maklumlah hari sebelum ni aku tak berapa sehat...ada idea nak menulis tapi kekuatan untuk menulis tu xde... so hari ni pepagi lagi aku dh bangun... so teringat nak menulis...

Pagi ini kat hostel aku ada wat program bergotong-royong membersihkan kawasan asrama... tu yang pagi2 lagi aku dh bangun.. kemas barang dalam beg dan terus pergi kerumah abang aku... aku bukannya nak lari dari program tu...cuma aku memang dah rancang nak pulang kekampung minggu ni... ada perkara lagi best aku rancangkan...

Hari ini aku nak g beli hadiah untuk yang teristimewa dalam hidup aku... nak tahu sapa?.. Awek? ohhh mustahil dan jauh sekali... Tiada lagi insan yang paling istimewa dalam hidup aku sekarang melainkan kedua orang tua aku... Esok 12hb julai, ulang tahun hari lahir Ibu ku yang ke 58 tahun... Apa yang aku nak hadiahkan yek...hmmmmmm tak tahu lagi... tengah memikirkan gak ni... hope ada la sesuatu yang boleh mengembirakan ibu....

Tidak dilupa juga aku nak belikan hadiah untuk Ayah.. walaupun hari lahirnya dah terlepas pada 6hb jun...aku nak belikan juga sebab pada hari tu aku xsempat nak beri...kalau ayah aku dah tahu dah nak beikan apa..hehehehe...aku nak belikan sesuatu yang special yang ayah aku leh pakai semasa hari konvokesyen aku nanti...

cakap pasal konvo plak.tak sampai sebulan lagi aku nak meraikan hari konvokesyen..Aku tunggu surat pun xsampai lagi... Aku pun tak prepare pape lagi...terutama pakaian...nak juga beli seluar slack dan baju kameja... huhuu... bukan apa, aku ni mana la ada pakaian yang macam tu... rutin aku hanyalah seluar jeans dan baju round neck...

Ok lah sampai disini sahaja aku nak bicara pagi ni... nanti aku sambung lagi...

Salam alaik

~Pengembara Sepi~
0 Responses