.:Life Tak Menentu, Tapi Rasa Hepi Je:.

Salam alaik...
Lama sudah aku Tinggalkan Blog ini... agak sibuk dengan pelbagai urusan

Alhamdulillah banyak terima interview sejak akhir2 ini...mungkin sebab itulah aku tidak berjaya ke Petronas... Mungkin ada yang lebih baik untuk aku...

Pada 11hb Dec 2009 aritu..aku turun KL..jalan Tun Razak untuk interview dengan TECHNIP... satu nama yang agak besar dalam dunia Oil N Gas... Alhamdulillah...segalanya dipermudahkan Allah swt... Perjalanan pergi dan balik....Apepun Keputusan Interview dpt tahu bulan January 2010 nanti....

Then next interview dengan Cameron...Di gelang Patah PTP johor...antara salah satu nama bersar dalam equipment carigali minyak...aku merupakan salah satu candidate untuk Quality Department..Interview macam biasa.... erkkk...macam biasa?... maksud aku..dh terlalu bnyak sangat interview...so bende ni lama2 dh jadi kebiasaaan...rilex, tenang2 aje....Keputusannya pun blom tahu lagi... biasalah...dh hujung2 tahun ni...susah nk ambil bekerja terus... awal 2010 nanti baru la ramai amik pekerja...Malam tadi ada dapat call dari rakan NDT aku... pasal project job kat KENCANA HL..salah satu company Fabrication kat malaysia ni.. ada offer untuk aku sebagai Radiography interpretor... bukan nak menolak..tapi aku sekarang sedang menunggu result interview...so aku mintak postpond dlu klu ada...pertengahan bulan january 2010...so aku mintak dia pass kat sapa2 mmber aku dlu job tu...Setahun punya Project...whoaa...Lumayan tu...takpelah...apa yang ada ni kita jangan tamak sangat.. kita bagi2 kat kawan2 kita..tak banyak pun sikit jadilah.. sama2 kawan maa..

So sekarang aku jaga bengkel kereta kepunyaan abang aku... sebagai pengurus operasi la...wakakaka... Runner sana sini.... memang letih..tapi syok...kerja berjalan aje..hahahah...



.:Result oh result:.

Salam...

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada semua rakan bloggers...Esok Kita akan menyambut ketibaan Aidiladha dihari yang mulia lagi berkat hari jumaat...

Hari ini aku nak berkongsi pasal keputusan yang aku terima hari ini... Tempoh hari aku ada memohon untuk memasuki INSTEP..now hari ini telah keluar keputusan...penuh debaran semasa menyemaknya... apepun aku terima segala apa yang berlaku... Duka cita keputusan aku untuk memasuki INSTEP gagal temuduga...

Ape pun... Next time boleh mohon lagi...yang perlu dilakukan sekarang ialah mencari pekerjaan sementara menanti peluang akan datang... InsyaALLAH lpas hari raya haji ni aku akan ke Puspatri untuk mengahdiri Retest UT..then selepas itu aku cari la pekerjaan untuk kali kedua selepas kali pertama gagal...

Kedatangan Raya kali ini tak beberapa mengembirakan aku... entahlah..dengan ada beberapa krisis dalaman keluarga... entah mengapa aku bengang sgt dengan semua... entah mana lagi aku nak sauk Modal untuk Bekerja... klu keadaan amat terdesak.. terpaksalah alu jual koleksi aku... Handphone, Gitar... buat modal cari kerja... kalau nak ikutkan tak pernah sesekali aku wat camtu.. tapi tu la... nak sara hidup sendiri...

Mungkin sudah tiba masanya... aku menghadapi saat yang paling getir ini... begitulah lumrah hidup aku... mungkin takkan sama dengan korang... tapi itulah jalan terbaik buat aku....

aku yang bernama

~Pengembara Sepi~

.:Cinta Agung:.

Cinta Agung

Qathrunnada

Ya Allah Engkau tuhanku
Tiada tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Nuhammad pesuruhMu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalaNya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapang Kau beri makan

Ya Allah Engkau cinta agungku
Cintaku haraplah di balas
Ya Allah Engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak di balas

Jangan biarkanku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

.:Tuhan:.

Tuhan

By Agus Salim S.E.

Tuhan dengarkan aku
ku memohon kepadaMu

kuangkat tanganku ku lafadzkan lidahku
menyebut namaMu Tuhan

Tuhan lihatlah aku
ku berserah kepadamu

ku letakkan keningku bersujud padaMu
ampuni dosa-dosaku

Tuhanku jangan ambil nyawaku
sebelum ku dekat denganMu

Tuhanku siapkan duniaku
tuk nanti tiba akhiratku

berapa nikmat yang tlah kau beri
berapa yang tlah aku ingkari
masih pantaskah sujudku padamu
aku malu aku malu

.:cara mencari pasangan dalam islam:.


joget cara mencari pasangan dalam islam

Petua Cari Pasangan

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

1.KENAL
********
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

"APakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi
"Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya"

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab
dengannya.... Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak BERBOHONG.
Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa juga perkara

2.KELAS
*********
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.




3.KUFU
********
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.

Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.

Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.

Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan AIsyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak
boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

4.KASIH

********

Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis......

"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan"

Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah memberitahu:

"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki"

Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga,.



Hadis Nabi ada menyatakan

"Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."

Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di lindungi.Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

5.REDHA

*********

Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya

"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka"

"Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya"

Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur:ayat 26

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh di terima.

Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.

Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.


Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari
masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku

Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....

"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.

Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama
Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.

Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.

Maka turunlah Surah Al Baqarah:

"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik..."





renung-renungkan salamat beramal
Reply With Quote

.:kelakar ke?:.


salam alaik...

topic malam ni pelik sikit... ye la bukan apa... susah orang nk ckap camtu pada aku... apepun..aku ni biasa aje...biasalah..tak semua orang akan berasa senang bila bercampur dengan kita... terpulang pada individu sendiri untuk menilai kita...

jika mereka berasa senang dengan kita, baguslah... jika tidak..hmmm... ada sesuatu yang kita perlu cari apa punca dan masalahnya...

malam ni ada seorang insan yg berkata begitu pada aku..isk.isk...apa aku merepek ni... mungkin ada salah faham disitu... aku kah yg salah faham..atau dia..masing2 entahlah...hahahaha.. apepun...aku minta maaf dulu la...maklumlah..sebagai insan kadang tak sedar salah silap...

mungkin dia akan baca enti ini, atau mungkin tak baca..tu aku tak pasti...

erkkk..entahlah..apa yang aku mengarut ni... erkkk... maafkan aku jika ada salah silap aku....

kelakar ada, malu pun ada.. erkk..xpaham pun ada... apepun.. aku jadi berani ... ya...dia kata aku ni berani...whooaaaa... kelakar memang kelakar...

~pengembara sepi~

hati runsing.....

:- kepada DIA... aku malu...huhuhu

.:Tekanan Masa Interview:.


Salam alaik.. today 6HB NOV 2009

bermacam dugaan yang dilalui hari ini..
berikut adalah sorotan kisah sehari interview

5:00am-Terjaga dari tidur, alarm lom sempat bunyi aku dah bangun..then duduk termenung ngadap Laptop membaca info dari laman web PETRONAS, sejarah penubuhan, harga minyak pasaran, upstream,downstream..DLL.

5:30am-Mandi pagi, perghhh...sejuknya. maklumlah xde water heater. ditambah lak ngan musim hujan ni...

5:45am-Siap pakaian solat then duduk bersila bertafakur, then solat subuh.

6:00am-Membuat latihan bercakap sensorang, kononya sedang di interview , In english tu..hahaha..

6:15am-Bersiap dengan pakaian penuh protokol interview, Baju kameja putih, Neck Tie, sluar slack hitam. peh bergaya sungguh hari ini.

6:30am-Bersiap pakai kasut kulit yang dah berkurun lama banyak berjasa, then warm up enjin moto.

6:45am-Ready to go...masuk gear 1..then..alamak aiiiiiiiiiii.. tayar motor bocor xde angin...isk isk..Blur kejap... camna ni...member lain smua dh g kje.

6:50am-Bergegas masuk umah, syukurlah ada sorang lagi member yang baru balik keje 5am td. pinjam motor dia.. selamat..thanks to TAGO..

7:00am-Bismillah, Ya ALLAH, selamatkanlah perjalanan hamba Mu ini...rempit sana, rempit sini, cilok sana , cilok sini, adus..panjangnya jalan jam..ditambah lagi hujan renyai2 pagi hari, ketar aku atas motor kesejukan...

7:40am-Akhirnya aku sampai ke Lokasi interview, The Putri pacific hotel. Memula tanya kat kaunter. "exkius me, may i know where room location for Petronas INSTEP interview session?.."Welcome sir, this way and go staright until u see the permata ballroom. Petronas INSTEP in front of the ball room"... "owhhh..Thank u" ..."Welcome sir"..
peh macam omputih btul lak speaking...hahahaha...

7:45am-sampai di lokasi. rupanya aku adalah antara yang terawal sampai, terus check nama dalam list, then masuk ke dewan exam.. isi borang 4 muka surat.

8:30am-"Welcome to interview session for Petronas INSTEP, slide shows..huarghhh ngantuk..""INSTEP adalah satu....bla..bla..bla..."

8:45am-Ok, are u ready for test question.. this session , u have 100 question to complete in 45 minute. soalan takdelah susah mna pun, tapi tu la.. masuk english, fizik, math, object, electric.. aku hanya berjaya jawab jujur sampai soalan ke 70 lebih aje.. yang lain aku tembak.. memang tak sempat..layanzzzzz...

9:30am-Ok times up..please pass your OMR answer paper..huisshhhh... pas anta terus kena beratur untuk colour blind check then amik turn untuk interview.."ni apa".." 25,6,46,9 encik" "bagus" ok amik tempat duduk..sebenar lagi kami akan panggil..

10:30am-perghhh..sangap dah ni... lama lagi ke...

11:00am-bla..bla...bla...bla..bila la turn aku ni...

11:05am-" kami akan stop sesi interview pada jam 12 tgh hari. so yang masih blom interview tu.. akan disambung jam 2 petang.. dalam masa sejam ni kami sempa untuk 12 orang sahaja..untuk nama yang tak disebut, kamu semua boleh datang balik jam 2petang..arghhh..nama aku lom lagi..so jam 2 petang la nampaknya..

11:15am-aku nak g mana ni... perut pun dah lapar.. pusing2 bandar JB jumpa satu restaurant, makan tgh ari buffet, dewasa RM 12.90 , layanz.. makan nasi arab, daging kambing masak kurma', sayur, ayam goreng, limau ice blend, air asam, air sarsi..wahhh... klu nak amik biar puas hati..mau taknya 12 ringgit tu... balun la habis2.. siap buah buahan tembikai, orange, betik...layanz...

12:30pm-sampai di plaza kotaraya.. situ ada masjid..so solat jumaat kat ctu...rehatkan minda dan tenangkan hati memuji nama ILLAHI...

1:45pm-kembali ke hotel.. semangat nak interview masih membara.. berehat seketika di lobi hotel...

2:30pm-zassss..aha...nama aku dipanggil...hoorayyyy..sila masuk kedalam, meja 2...gemuruh jiwa, semangat membara, dari puncak ingin ke angkasa..erkkk ternyanyi plak...

2:31pm-thank u..pls sit here..welcome for interview session, firstly, ineed to know about your profile, family and others.. thank u sir, ok.. My name is.....bla...bla...bla.... then..why u apply INSTEP...bla..bla...bla... graduate 2005...prom prang...kap kap mai...u waste ur time for 3 years......bla..bla.... dont know?...why?...bla..bla..bla....instrument? mechanical?...bla..bla.... ok thank u for ur cooperation...hahaha...thanks sir...

2:45pm-selesai sudah seksa menunggu... keluar dengan muka phsyco... wat muka sedih, muram..hahahah.. biar budak lain tertekan..hhahahahha...cepat2 amik beg then blah...cewwwaaahhhh...

3:00pm-Memulakan perjalanan balik ke pasir gudang... dalam perjalanan hujan lebat membasahi pipi...perghhhh...sekali lagi aku ketar di jalan raya... berhenti kat bus stop...coz terlalu lebat...

4:00pm-Sampai dirumah tak pikir apa dah...mandi then basuh baju...kepala dah pening..badan pun dh rasa lain je..jgn demam dah la..Lpas solat asar terus tertidur...begitulah kisah menghadapi interview...

walau apa jua yang berlaku, sentiasa redha dengan kehendakNYA..mohon agar dipermudahkan segala urusan..tenangkan jiwa dengan mengingatiNYA...

so..tunggu ajelah result camna nanti...ada rezeki dapatlah, klu tak, nanti cuba lagi..jangan putus asa...pengalaman telah mendewasakan aku...yeah.. salam alaik.. sekian aku share kisah entri kali ini...



~Pengembara Sepi~

.:Bingung+Interview sana sini:.

Salam alaik sahabat dan sahabiah ana sekalian...

malam ni ana ada kelapangan dan idea nak tulis blog ana yang dh jarang ditulis ni...kali ni ana nak share perasaan bingung ana dengan kehidupan ana sejak akhir2 ni....

sudah 2 minggu ana rush dengan mencari tempat kerja...then minggu ni plak dengan interview...antara tempat yang ana pergi interview ialah DYNANENTIAL INSPECTION, sebuah company yang membuat inspection untuk kapal LNG and cargo... Post sebagai NDT INSPECTOR,agak menarik juga kerjanya..ditambah lagi dengan offer gaji yang agak lumayan.. selesai interview boss ada juga minta saiz baju dengan kasut... agak confident la untuk diterima kerja...tapi dia cakap projek start bulan 12...tu yang ana masih dalam keadaan bingung..entah dapat or tak..ana tak pasti..

so untuk next interview adalah DIALOG...nama syarikat yang cukup besar ...tanjung langsat port , terminal 1... itulah tempat yang di interview ... Tanjung Langsat terminal 1 adalah pelabuhan untuk simpanan tangki minyak ... OIL Storage... post yang dia offer adalah sebagai technician..Technician apa ..ana tak pasti... Facilities or operation... entahlah... pasal salary plak ana tak tahu ..sebab takda mmber yang keje situ... apepun Tanjung Langsat port tu masih baru.. baru beberapa bulan beroperasi... kiranya ana ni antara yang terawal la jika diterima bekerja disitu.... Bingung lagi...

Tadi ana baru semak keputusan untuk temuduga kursus di INSTITUT TEKNOLOGI PETRONAS..Alhamdulillah... nama ana tersenarai untuk dipanggil interview 6HB NOV ni... So masa yang ada ni ana gunakan untuk survey tentang interview ni.. antaranya kene jawab 100 soalan dalam masa 45 min..so dalam seminit paling minima kene jawab 2 soalan...antara petua yang ana dapat adalah baca soalan dan terus jawab...klu tak dapat ..tembak ajelah jawapan...soalan objektif...then akan ada sesi interview... ada 2 orang panel.. macam biasalah.. introduce diri..then ada gak tanya pasal hal semasa...harga minyak per gallon. aduh..then macam2 lagi la...jika ana berjaya diterima kursus di petronas...kursus selama setahun...then jika murah rezeki, ana akan diterima bekerja dengan petronas...Bingung lagi



Surat tawaran untuk interview


ape jua ...kesimpulannya ana masih bingung...mna arah tuju yang ana nak pergi ni...andai kata semua terima offer...dan buruk baiknya jika ana tolak offer... bingung....ni blom ada yang lain punya offer...hmmmm...

"Ya ALLAH, berikanlah hamba MU ini petunjuk dan hidayah..."


~Pengembara Sepi~

.:Picture Edit:.






Salam alaik...

sekarang aku masih lagi mencari pekerjaan...biasalah... rutin harian... berjalan merata tempat mencari mana2 tempat yang sesuai...

boring2 kat rumah edit gamba plak... biar suram je gambarnya... sepi la katakan...huhuhu...

.:Hidup Tidak Selalunya Indah:.


"Bermusim... Silih berganti bulan mentari.... Pejam celik tak terasa aku... Sudah sampai sini... Sudah sampai sini..."

Aku suka pada bait lagu tu...itulah lirik lagu dari kumpulan Bumiputera Rokers (BPR), Semasa aku membesar..lagu ini menjadi gemilangnya kumpulan BPR...Sedikit intro...

Beralih pula pada makna bait tersebut... Sebagai manusia biasa... aku sering terlupa...Alpa... dengan keadaan semasa... Lalai dengan Kehidupan sendiri... Merenung diri memikirkan perjalanan hidup... jika umur ku panjang 50 tahun, bermakna sekarang aku sudah dipertengahan umur...Entahlah... Apa yang telah aku isi hati dan jiwa ini sehingga umur pertengahan?... Terlalu sulit untuk dibicara...

Hidup tidak selalunya indah... indah dengan pelbagai hiburan, keseronokan?... bukan indah seperti itu aku bicarakan... indah yang memberi ketenangan hidup... kebaikan dunia dan akhirat... sentiasa dalam redhaNYA...

Hati ini semakin jauh... jauh entah kemana...tiada kepastian destinasinya... kini...aku dikecam dengan pelbagai tomahan, pelbagai dugaan, sindiran, ejekan...Aku tahu... diri ini tak sempurna... sesempurna orang lain diluar sana... bertalu- talu diungkit kisah lalu... bukan senang mahu melupakan...tapi itulah manusia... hati yang rakus mencari salah dan membenamkan kepala orang lain kedasar lembah penghinaan...

Ku sendiri melayari dan mengemudi bahtera ku sendiri... Tiada berteman...Hanya Doa dan Ketulusan hati sebagai penawarnya... Layarilah aku kepada jalan MU Illahi.. Jauhkan aku dari mereka yang tidak senang pada diri ku...

"Hidup tidak selalunya indah"


.:Tetamu Senja:.


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said


.:Di manakah?:.


Ikhlas Dari Pengembara Sepi..

Di manakah arah hidup ku

Di manakah arah agama ku

Di manakah arah kiblat ku

Di manakah segala amal hidup ku
Di manakah perjuangan hidup ku
Di manakah tempat kematian ku

Di manakah letaknya keberkatan doa ku
Di manakah niat asal ku

Di manakah sahabat se-agama ku

Di manakah kata pada lidah bicara ku

Di manakah keampunan buat ku

Di manakah sujudnya dahi ku
Di manakah lahirnya cinta ku

Di manakah asal rezeki ku

Di manakah langkah setiap tapak kaki ku

Di manakah doa kesyukuran ku

Di manakah berdirinya iman ku

Di manakah lahirnya kesempurnaan ku

Di manakah letaknya di hari pembalasan ku

Di manakah akan disesali khilaf ku

Di manakah harapan ayah dan ibu ku
Di manakah kasih untuk ku
Di manakah sayang untuk ku

Di manakah cinta untuk ku

Di manakah keberkatan hidup ku

Di manakah pakaian aurat untuk ku

Di manakah tasbih kekhusyukkan untuk ku
Di manakah doa dan harapan untuk ku


Di manakah ...

Di manakah ....

Di manakah ...

Di manakah ....

walau apa jua persoalan yang timbul...

ianya ada pada kewujudan Allah swt...
ianya ada pada agama Islam yang satu...
ianya ada pada Al Qur'an sebagai pegangan...
ianya ada pada Hadith dan sunnah sebagai rujukan dan ikutan...

ianya ada mengamalkan segala suruhanNYA...

ianya ada dalam HATI seorang insan...

Walau dihurai dengan begitu luas

ianya akan kembali kepada ALLAH swt...


~Pengembara Sepi~