.:Hidup Tidak Selalunya Indah:.


"Bermusim... Silih berganti bulan mentari.... Pejam celik tak terasa aku... Sudah sampai sini... Sudah sampai sini..."

Aku suka pada bait lagu tu...itulah lirik lagu dari kumpulan Bumiputera Rokers (BPR), Semasa aku membesar..lagu ini menjadi gemilangnya kumpulan BPR...Sedikit intro...

Beralih pula pada makna bait tersebut... Sebagai manusia biasa... aku sering terlupa...Alpa... dengan keadaan semasa... Lalai dengan Kehidupan sendiri... Merenung diri memikirkan perjalanan hidup... jika umur ku panjang 50 tahun, bermakna sekarang aku sudah dipertengahan umur...Entahlah... Apa yang telah aku isi hati dan jiwa ini sehingga umur pertengahan?... Terlalu sulit untuk dibicara...

Hidup tidak selalunya indah... indah dengan pelbagai hiburan, keseronokan?... bukan indah seperti itu aku bicarakan... indah yang memberi ketenangan hidup... kebaikan dunia dan akhirat... sentiasa dalam redhaNYA...

Hati ini semakin jauh... jauh entah kemana...tiada kepastian destinasinya... kini...aku dikecam dengan pelbagai tomahan, pelbagai dugaan, sindiran, ejekan...Aku tahu... diri ini tak sempurna... sesempurna orang lain diluar sana... bertalu- talu diungkit kisah lalu... bukan senang mahu melupakan...tapi itulah manusia... hati yang rakus mencari salah dan membenamkan kepala orang lain kedasar lembah penghinaan...

Ku sendiri melayari dan mengemudi bahtera ku sendiri... Tiada berteman...Hanya Doa dan Ketulusan hati sebagai penawarnya... Layarilah aku kepada jalan MU Illahi.. Jauhkan aku dari mereka yang tidak senang pada diri ku...

"Hidup tidak selalunya indah"


3 Responses
  1. Bersabarlah...kerana sabar itu pelengkap iman dan Ikhlaslah menerima segala ketentuanNya. Kerana Islam itu Sabar dan Ikhlas.



  2. Anonymous Says:

    Salamunalaik wbt..

    Innallaha ma'assobirin sahabatku. Allah swt sdg mgujimu.. n sahutlah ujian itu dgn syuman keikhlasan berbekalkn iman n amal soleh.. =)