by ~Pengembara Sepi~
Salam alaik...2 minggu yang lepas aku dan member2 hanya mengadap filem xray...sampai naik gelap bijik mata tengok filem...Dalam hati sebenarnya risau sangat sebab berdasarkan soalan2 latihan agak sukar untuk jawab dengan perfect...
Apepun kena usaha study sendiri...ni ada beberapa ragam gambar dalam bilik gelap a.k.a dark room...tapi xdelah gelap sgt pun...
by ~Pengembara Sepi~
* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.
* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.
* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
dikesani oleh orang lain.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak
mengejar nama.
* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.
* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
* Imaginasi menguasai dunia.
* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.
* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.
* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.
* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.
* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.
* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana
* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain
* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari
* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.
* Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.
* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki
* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan.
* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai
* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.
* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.
* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.
* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.
* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.
* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.
* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.
* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama
daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.
* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi and boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.
* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda
perlindungan dengan tidak memusnahkannya.
* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.
* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca
* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah
bahawa masa depan masih ada.
* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia
* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai
* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal
* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku
* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia
* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.
* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan
* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula
jatuh ke bumi
* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan.
* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi
sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.
* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.
* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama
* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian
* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan
* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan
* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri
* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar
* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar
* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia
* Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya
* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya
* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan
* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri
* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan
* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran
yang datang.
* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa
kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

by ~Pengembara Sepi~
Alhamdulillah... pagi ni bangun tidur aku rasa badan aku dah ok sedikit..tak seperti semalam...tapi still belum 100% sehat...so dapatlah aku melakukan tugasan harian..aduh pakaian bertimbun tak basuh lg tu...bilik dah kemas...umah dah sapu...bila dh selesai semua..baru la lega nk study...prepare untuk esok ... esok aku ada interview...huhuh..tapi bukan interview betul pun...just latihan....then lusa baru lah aku start kelas macam biasa...
meriah je rasa bila online ari ni..bila melihat skype , ym , gtalk penuh dengan member2 yang dah kembali memulakan semester pembelajaran..tak kurang juga ada yang dah bekerja...ada yang further master...masing2 dah ada haluan sendiri..itulah lumrah kehidupan...

Ku Pilih Jalan Ini
Member2 yang tidur semasa rehat tgh hari

Teringat saat2 manis semasa kat universiti dulu
by ~Pengembara Sepi~
Demi Matahari
Snada
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah
Salam Alaik..
Allahuakhbar....betapa indahnya kalimah kalimah tersebut...aku dapat lagu ni semasa dalam kursus TQM... hope dapatlah aku share dengan kawan2 disini...
Hari ini sabtu aku xda kemana..coz bangkit je dari tidur aku diserang demam selesema...
by ~Pengembara Sepi~
Salam alaik...Syukur kehadrat ILLAHI aku masih diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini dan menulis disini...
Hari ini banyak juga aktiviti yg dijalankan, tak macam semalam yang penuh dengan ceramah sehari suntuk..hari ini penuh dengan aktiviti kumpulan...aktiviti utama adalah komunikasi yang baik dalam dunia pekerjaan, cara menyelesaikan masalah dengan cara professional, 5S, mengenal pasti masalah...tak lupa juga belajar menyanyi..aduhh.... hapening giler kat bilik kuliah td...
banyak juga banner2 yang di buat untuk presentation esok... bermula dgn logo then perancangan syarikat..pastu kenal pasti masalah.. analisis masalah.. solve masalah dengan cara yang terbaik...mengenal pasti dan menyelidik masalah sampailah ke lubang cacing sekalipun...hoh...hoh..
ni aku upload gamba masa sepanjang aktiviti hari ini...bab bergambar memang diorang hebat

kumpulan The Flash

Kumpulan Q-EVO

Ni kumpulan aku 3K
Ni la antara mereka mereka yang berlakon ketika gambar diambil




by ~Pengembara Sepi~
Salam alaik...
bertemu lagi kita dalam entri blog aku ni....
ari ni aku nak berkongsi pasal kursus yg aku jalani ni...
entah apsal tetibe leh plak terselit kursus pasal TQM..
u know TQM?
TQM stand for total quality management... arghhh... teringat masa belajar subjek ni dlu masa kat universiti... ingatkan dah lepas azab ni...rupanya kena blajar jugak kat kursus ni... tapi bagus juga untuk buka minda dan pemikiran yg agak tertutup tentang realiti dunia pekerjaan dan perniagaan ni...
ada lagi 3 hari nak abiskan TQM ni.. and then last day nanti ada interview traning... sudah lama rasanya aku tak menjadi orang yg di interview... dulu dah biasa kena dah tak jadi masalah....
selesai TQM ni aku akan sambung dengan kursus method NDT ketiga aku iaitu radiographic interpretor... so kena banyak la tengok2 filem filem radiography...doa doakan agar aku dapat lulus dengan cemerlang...bukannya senang...tambah pulak dengan pengajar aku yang cara mengajarnya aku rasakan agak kurang menyerlah...hmmmm...
ni aku tunjukkan serba sedikit pasal RI defect film

ni lah yang aku tengok tiap ari... antara contoh2 defect adalah crack, slag inclussion, undercut, porosity, lack of penetration, lack of fusion..dan banyak lagi sampai berpuluh puluh...
sebelum terlupa... defect ni bukan di xray pada manusia.. tapi di xray pada structure2 yard or platform or jacket .... sudah semestinya pada piping and oil field...hmmm... dulu benda ni smua hanya cita2 dan angan2 aku... tapi sekarang aku sedang menuju ke arahnya...YA ALLAH, makbulkanlah cita2 hamba MU ini... amin...
by ~Pengembara Sepi~

semalam petang datanglah anak sedara aku...lama dah tak jumpa...febretnya ialah kucing... abis semua kucing kat umah aku di peluknya..dari mak kucing , bapak kucing sampai la ke baby kucing..wahahhaha...yang jadi mangsa nk melayan karenahnya adalah aku...kihkih...nama dia sara..
by ~Pengembara Sepi~
Salam.... Selamat pagi...
Hari ini aku bukak entri awal pg.... semalam tido awal..so hari ni pun bgn awal...skang aku sebenarnya tgh membasuh...tapi sambil menunggu mesin abis running...sempat gak nak menaip sekejap...kihkihkih...
cuma aku ada tak puas hati kt broadband celcom ni.. tiap hari akan ada tambah bil rm 30 sen utk mesej berita pasal bola yg di sms...ntah pape.... kalu sebulan leh jejak rm 9...ciss... dah la aku ni tak minat langsung pasal bola...so agak2 leh off mesej tak pasal bende tu...
mana2 line broadband kt malaysia ni smua sama je...amik kesempatan..chettt...