.:Mencari Lailatul Qadar:.


Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

“SESUNGGUHNYA Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?

Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr:1-5)

Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.

Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud:

“…sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.

Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan.

Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.

Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.

Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan.

Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.

Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.

Imam Nawawi, berkata: “Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh…”

Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat.”

Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.

Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar.

Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.

Daripada Aisyah r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.

Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.

Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut:

“Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku.”

Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.

.:Selamat Hari Raya Aidilfitri:.

Salam sahabat semua... Dikesempaan ini aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua kenalan, sahabat, sahabiah, ape ape je lah.

Mohon jutaan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan semua... Kepada yang dekat2 tu raya nanti datang lah ke Teratak Villa 287 kat kampung aku ye...kehkehkeh...

Kepada adik2 yang sedang belajar di Unimap, belajar rajin2... nanti dh berjaya belanja aku makan best2...

Sekali lagi mohon ampun dan maaf...

~Pengembara Sepi~

.:Stage 1 Exam completed:.


NDT Engineer Discussion about Nozzle


Salam alaik....

Selamat pagi (1.38am)...agak letih malam ni coz amali exam...syukurlah semuanya berjalan dengan lancar... walaupun agak kesuntukan masa... hari esok masih ada...

Exam bermula jam 5.45 pm then berhenti rehat untuk berbuka setengah jam..sambung lagi sampai tengah malam...esok ntah camna agaknya... esok pagi kena hadiri kursus safety dari pagi sampai petang.. then tak sempat nak balik rumah terus sambung exam Stage 2...maybe esok terpaksa kirim juadah berbuka dari rakan2 yang datang petang.. begitulah rutin ku yang sibuk akhir2 ini... penat tu memang la penat coz tak duduk diam je exam... kejap berdiri kejap duduk.. angkat besi berat2.. tulis report.. check besi.. then lukis report... semak balik.. then hantar..satu repot kene siapkan dalam masa 2 jam 30 minit..so total semua sekali ada 9 repot perlu disiapkan dalam masa 3 hari...

bagus juga wat camni.. dah macam keje plak... tapi kalau keje tak tahulah camna sibuknya...rumah entah seperti tempat untuk mandi dan tidur sahaja.. lain masa dihabiskan di tempat kerja...

So untuk esok 8.30 am- 5 pm kursus safety.. then sambung exam sampai tengah malam.. sehari suntuk di sana.... target untuk malam ni 3 repot, tapi hanya sempat buat 2 sahaja.. dah tak larat dah... mata ni dh layu sampai tak cukup tajam untuk inspect defect...

.:Puasa dan Demam:.


Salam Alaik dan ukhwah semua sahabat...

Dalam keriangan menyambut puasa ramadhan yang mulia ini, pelbagai cabaran dan dugaan kita hadapi.. ada kalanya kita rasa terlalu sukar dan perit untuk dilalui..Percayalah segala dugaan itu adalah ujian kesabaran dan ketaqwaan kita pada ILLAHI..

Dalam puasa ini, demam melanda.. dikaitkan pula dengan H1N1 penyakit yang kian menular.. tetiba perasan jadi lain, badan mula sejuk dan sakit dibahagian sendi.. hmmm.. biasalah tu tanda2 demam... dah macam menjadi kebiasaan dh dekat exam mesti demam.. masa belajar dulu pun camtu juga.. ada kalanya demam time exam...

hari khamis and jumaat ni aku akan hadapi exam malam.. tak pasti la bape lma.. maybe start malam sampai ke pagi... 2 hari berturut turut... kepada semua rakan , doakan aku dapat jawab exam dengan terbaik..

"Ya Allah, aku bermohon kepada MU, permudahkanlah segala urusan ku.. Berikan aku petunjuk kejalan hidayah MU, Berikanlah aku kekuatan menempuhi segala Dugaan MU.. Aminnn.."

Sekian entri yang tidak seberapa ini...

.:Kepulangan yang Dinanti:.

Kepulangan Yang Dinanti
Aman Shah

Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali

Terbayang senyuman di wajah nan sepi

Pulangnya anakmu di pagi yang murni

Kasihmu seharum kasturi

Melambai anakmu kembali
Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata

Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu

Semoga bertemu kembali




Salam sahabat2 ku sekalian...petang ni aku tak tahu nak share apa yang ada dalam fikiran aku... tetiba plak terlayan lagu ni...lagu ni banyak kenangan buat aku.. sepanjang pengajian 3 tahun belajar dulu... merantau... ni la lagu yang aku layan time dekat2 raya dulu...

Alhamdulillah.. tahun ini aku berada dekat dengan keluarga, so dapat jugalah aku berpuasa dan berbuka bersama keluarga tiap minggu... dulu dapat berpuasa dengan keluarga time sehari dua nak raya je...

Hari ni dah berapa hari puasa? kejap je masa berlalu... dahulu masa kecil2 selalu mambilang hari puasa dan raya.. tapi kini dh dewasa kadang sampai terlupa.. maklumlah dh ada tanggung jawab sendiri...

Zakat? sudahkah anda membayar zakat? Ingat petang ni la aku nak g bayar...ni dah tak belajar lg dah boleh lah bayar sendiri...

Semenjak tamat belajar , hidup ini kian berubah sedikit demi sedikit... tinggalkan dunia pelajaran... sekarang dah mula alam pkerjaan... dah mula pikul tanggung jawab..iskisk.. agak panjang masa nak sesuaikan diri semula...rasa macam muda lagi.. padahal umur ni kian meningkat.. dalam perjalanan ke 26 tahun...

ingat petang ni nak berbuka dengan nasi campur makcik Van...huhu.. murah dan jimat..yang penting mak cik tu tak kedekut bagi lauk dan nasi lebih... baguslah dia berniaga... berniaga sambil sedekah... tak ramai yang boleh buat camtu... walaupun untung tak banyak, tapi rasa tenang dan cukup serba serbi...

Next week aku dah start exam hari Khamis, Jumaat , Isnin dan selasa...then rabu tu adalah hari terakhir aku kursus... isk kejapnya dh nak abis 4 bulan...InsyaALLAH lepas ni ingat nak mencuba rezeki di Kuala lumpur.. mana tahu rezeki ada kat sana...merantau lagi aku... bukannya apa... dah biasa merantau ni...banyak pengalaman baru yang akan dilalui...


Dalam keheningan berpuasa tahun ini terkadang teringat pada arwah datuk dan nenek...tahun ini sudah tiada lagi kita dapat berpuasa sesama..Atuk dan nenek, cucu sentiasa mendoakan agar keduanya ditempatkan bersama orang2 yang beriman...tiada lagi gurauan dan senda.. hanya gambar sebagai tatapan...

Kepada rakan seperjuangan, InsyaALLAH panjang umur kita jumpa syawal nanti.. lama dah tidak ketemu korang semua...member semenjak sekolah tadika sampailah abis spm...kali ini mungkin lebih meriah sebab member smua pasti dtg berkumpul bawa bersama bini dan anak masing2... tapi dalam menanti hari tersebut, semalam kawan aku mesej awal2 tak dapat balik raya ni sebab bertugas raya ni... dia kat sabah sekarang.. maklumlah askar...so kuranglah sorang member... bukan apa.. biasa aku ngan dia je kalau berjumpa cuti2... sebabnya.. member2 lain smua dh berumah tangga tinggal aku ngan dia je masih bujang trang tang tang... hahahah...

so tajuk entri aku kali ini dapat juga aku huraikan disini... rupanya ini yang sedang bermain difikiran aku..

sekian sahaja .. jumpa dilain entri... Salam Ramadhan... Jangan Lupa Bayar Zakat

~Pengembara Sepi~




.:UT dan UT.. seterusnya UT...:.

Salam sahabat...

tak sabar rasanya nak habiskan kursus ni.. hanya tinggal beberapa hari lg.. dalam 14hari lagi... hurmmm. terasa kejap je masa berlalu... sedar2 dh nak 4 bulan....terasa xsabar nak habis... tapi... terasa sayu plak nak berpisah dengan kawan2 yang baru je rasa kenal semalam...kenangan pahit dan manis pasti ada walaupun dalam masa singkat... ni antara gamba2 dalam course yang terakhir UT level 3...





.:Rutin Harian Dengan Ultrasonic Testing :.


Salam dan selamat berbuka kepada semua rakan-rakan...

Alhamdulillah dengan nikmat dari Illahi... dapatlah aku berbuka denga juadah yang cukup mengenyangkan..

buat makluman semua rakan2, ketika ini aku sedang sibuk dengan final course aku selama 4 bulan..course yang tough penuh dengan pelbagai skill dan teknik..Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.. cuma tu ada juga kengkadang agak blur..

InsyaALLAH pada 16hb september ini aku akan menamatkan kursus ini..ramai juga antara rakan2 dah hadir interview dan tak kurang juga sudah ada kerja yang menanti... selamat berjaya semua rakan2 ku..kita ni belajar sama2... nasib dan rezeki masing2 tak sama...so teruskanlah perjalanan hidup ini dengan penuh ketabahan...

sedikit aku nak berkongsi pasal UT (ultrasonic testing):-

Basic Principles of Ultrasonic Testing

Ultrasonic Testing (UT) uses high frequency sound energy to conduct examinations and make measurements. Ultrasonic inspection can be used for flaw detection/evaluation, dimensional measurements, material characterization, and more. To illustrate the general inspection principle, a typical pulse/echo inspection configuration as illustrated below will be used.

A typical UT inspection system consists of several functional units, such as the pulser/receiver, transducer, and display devices. A pulser/receiver is an electronic device that can produce high voltage electrical pulses. Driven by the pulser, the transducer generates high frequency ultrasonic energy. The sound energy is introduced and propagates through the materials in the form of waves. When there is a discontinuity (such as a crack) in the wave path, part of the energy will be reflected back from the flaw surface. The reflected wave signal is transformed into an electrical signal by the transducer and is displayed on a screen. In the applet below, the reflected signal strength is displayed versus the time from signal generation to when a echo was received. Signal travel time can be directly related to the distance that the signal traveled. From the signal, information about the reflector location, size, orientation and other features can sometimes be gained.

Ultrasonic Inspection is a very useful and versatile NDT method. Some of the advantages of ultrasonic inspection that are often cited include:

  • It is sensitive to both surface and subsurface discontinuities.
  • The depth of penetration for flaw detection or measurement is superior to other NDT methods.
  • Only single-sided access is needed when the pulse-echo technique is used.
  • It is highly accurate in determining reflector position and estimating size and shape.
  • Minimal part preparation is required.
  • Electronic equipment provides instantaneous results.
  • Detailed images can be produced with automated systems.
  • It has other uses, such as thickness measurement, in addition to flaw detection.

As with all NDT methods, ultrasonic inspection also has its limitations, which include:

  • Surface must be accessible to transmit ultrasound.
  • Skill and training is more extensive than with some other methods.
  • It normally requires a coupling medium to promote the transfer of sound energy into the test specimen.
  • Materials that are rough, irregular in shape, very small, exceptionally thin or not homogeneous are difficult to inspect.
  • Cast iron and other coarse grained materials are difficult to inspect due to low sound transmission and high signal noise.
  • Linear defects oriented parallel to the sound beam may go undetected.
  • Reference standards are required for both equipment calibration and the characterization of flaws.

The above introduction provides a simplified introduction to the NDT method of ultrasonic testing. However, to effectively perform an inspection using ultrasonics, much more about the method needs to be known. The following pages present information on the science involved in ultrasonic inspection, the equipment that is commonly used, some of the measurement techniques used, as well as other information.

sekian sahaja untuk entri kali ini..

Assalammualaikum...

.:New Layout And New Way Of My Life:.



Salam dan selamat malam... Akhirnya siap juga aku menyiapkan rupa baru untuk blog aku ini.. sesuai dengan tajuk new way of my life...bermaksud... jalan yang aku lalui dalam carreer yang aku ceburi ini...

Selamat tinggal alam pelajar universiti.. dan kini semakin hampir kepada dunia pekerjaan yang sememanganya penuh dengan dugaan dan cabaran..

walau apepun dunia yang aku lalui... tittle of pengembara sepi still lagi aku gunakan selagi diri ini ku angap sepi... biarlah hidup sepi tanpa insan lain... asalkan tidak sepi dari hidayah ALLAH swt...Doakan aku dipermudahkan segala urusan dan rezeki...

sebelum tidur... pasang niat puasa untuk esok...selamat malam.. salam...

.:Juadah Berbuka Puasa:.


Salam sahabat.. hari ini dah masuk puasa kedua..begitu pantas masa berlalu..rasanya belum terlewat aku nak ucapkan selama berpuasa kepada semua mereka yang beragama islam...

juadah berbuka memang sinonim dengan kedatangan ramadhan... petang td sempat juga aku pergi meronda2 bazar yang terdekat dalam hujan renyai2... pening kepala denagn kena hujan dan suasana riuh di bazar...

melihat ragam beberapa anak kecil bersama ayah dan ibu, menangis nak itu dan ini.. aku hanya mampu senyum melihat telatah begitu.. dalam hati berkata.. bagaimana lah jika suatu hari nanti aku lalui begitu.. hmmmm..keluh panjang...bertanya sendiri.. ada ke suatu hari nant?... entahlah..lupakan ajelah..bagi ku semua itu suatu yang belum pasti.. berjalan seorang diri di bazar macam2 yang dipikirkan...

Dalam keasyikan melihat telatah peniaga dan pembeli , sampaikan aku sendiri tak tahu nak beli juadah apa... aku pusing2 hampir 3 kali...terlalu banyak pilihan .. apepun itu semua godaan nafsu dan selera...akhirnya aku beli nasi beriyani kambing dan air soya panas sebagai pilihan berbuka hari ini...

.:FADHILAT PUASA WAJIB:.


Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.


FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

.:My Graduation Day:.




Salam sahabat... setelah kian lma tak berkongsi cerita.. maklumlah..sibuk dengan konvo..

rasa dalam ati ni ntahlah...sukar digambarkan...raut wajah ibu dan bapa semasa keluar dari dewan konvo membuatkan aku bergenangkan air mata... ku peluk kedua orang tua ku...ku kucup kedua pipi orang tua ku... ku peluk erat...hanya itu yang aku mampu gambarkan...

Perjuang ini masih belum berakhir... akan ku teruskan jua walau apa jua cabaran hidup dihadapan... moga ALLAH sentiasa memberi keredhaan kepada aku...

Kepada rakan2... walaupun kita bertemu hanya sebentar... akan ku ingat segala kenangan ini buat selamanya... HAPPY GRADUATION DAY

:- seronok tengok ramai member dapat hadiah masa konvo... ibu ku belikan sejambak bunga untuk aku..itu dah memadai...


.:Perjalanan Jauh Bakal Bermula:.


Salam ukhwah sahabat ...

sambil berehat ni sempat rasanya nk menulis sebentar disini..
Maybe malam ni aku akan bertolak dari johor menuju ke destinasi yang dikehendaki... ingatkan nak berehat sehabisnya.. tapi tak bleh plak... nk tido pun tak leh nak lelapkan mata... segala pakaian masih lagi belum packing.. kejap je kalau nak packing...huhu...12 jam dalam kenderaan bukannya sekejap.. lama tu... Doa aku agar perjalanan sentiasa selamat...Aminn yarabbal alamin